27 March 2022

SHUK KATA HIDUP INI JANGAN DIJADIKAN KONTEN



"Hidup janganlah dijadikan content," demikianlah tulis pelawak Shuk Sahar di Insta Story dan perkongsiannya itu telah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik status seakan menegur seseorang.


Namun tidak dapat dipastikan kenyataan itu ditujukan kepada siapa. Hasil tinjauan mendapati, posting terakhir Shuk lebih banyak bersama rakan-rakan dan membuat konten nasihat untuk memberi pengajaran.

Shuk sememangnya dikenali sebagai seorang yang sering terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk isu rumah tangga serta kisah kecurangannya. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini Shuk dilihat menyepi dan kurang aktif di media sosial.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, perkongsian isteri Shuk iaitu Rossa menjadi bualan apabila mendedahkan mesej dan panggilan telefon tidak berjawab dipercayai daripada pelawak itu.

Diruangan komen, rata-rata netizen menasihati Seera agar tidak termakan dengan pujuk rayu lelaki tersebut dan meneruskan kehidupan baru. Namun, Serra menjelaskan perkongsian itu hanyalah pesanan buat para wanita di luar sana supaya terus kuat berdepan dugaan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: