13 March 2022

DIKATA RIAK TAYANG PORSCHE - ZARA ZYA AKUI TIADA NIAT, MUAT NAIK HANYA UNTUK KENANGAN



"Kali ini saya dapat juga kecaman tapi tak seperti sebelum ini. Kalau sebelum ini apa saja saya buat pasti akan dapat kecaman lengkap dengan hinaan. Tak kisahlah perkara baik ke murni ke, apa yang saya lakukan tetap ada bahan untuk mereka (netizen) perkatakan.


"Itu belum saya reviu (ulasan berbayar) produk-produk kesihatan dan keintiman suami isteri, lagilah teruk saya kena lanyak. Tapi bab kereta baharu ini, mereka ada juga kata saya riak, tapi terpulanglah.

"Ini cara saya hargai diri atas apa yang saya lakukan bertahun lamanya. Lain orang lain caranya. Perihal riak atau sekadar berniat menunjuk-nunjuk, itu tidak sama sekali. Ini hanyalah permulaan dan saya mahu jadikan itu sebagai satu sumber inspirasi buat semua untuk terus berjaya tanpa kenal erti putus asa.

"Selebihnya, terpulang kepada mereka. Demi Allah niat saya muat naik foto bersama kereta tersebut hanya untuk kenangan manis sahaja dan tidak lebih daripada itu," tutur pelakon Zara Zya

Klik untuk gambar besar



Nama Zara Zya kembali menuai perhatian dan cakap-cakap netizen dalam media sosial selepas memuat naik foto dirinya bersama kereta idamannya, Porsche 718 Boxster yang baru dibeli minggu lalu. Manakan tidak, kereta mewah yang rata-rata hanya mampu 'tengok' itu bukan murah dan dipercayai bernilai hampir setengah juta ringgit.

Enggan memperincikan harga sebenar kereta berkenaan, Zara atau nama penuhnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin bagaimanapun menjelaskan, langsung tiada niat untuk menunjuk-nunjuk dengan kemewahan yang dimiliki.

Tegas pelakon drama 'Pia' itu, seperti biasa dia memang tidak boleh menutup mulut orang untuk berkata dan fikir apa sahaja terhadapnya. Katanya lagi, terserahlah kepada mereka untuk buat apa sahaja selagi tidak menyentuh sensitiviti keluarganya.

Sedikit mengenai kereta idamannya, Zara mengambil masa lebih daripada setahun memerah keringat menabung serta mengumpul wang demi melunaskan impian memiliki kereta berkenaan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: