13 March 2022

IQRAM DINZLY KEMBALI AKTIF BERLAKON KERANA MAHU BUKTIKAN DIRINYA TAK GILA



Pelakon Iqram Dinzly yang sudah sekian lama tidak berlakon itu kini kembali aktif menerusi drama terbaru 'Hati Yang Dikhianati'. Kata Iqram, kemunculan dia kali ini sebagai pelakon kerana mahu membuang persepsi negatif orang ramai yang selama ini menganggap dirinya mengalami masalah mental.


Iqram, 41, yang kini mahu dikenali sebagai Iqram Dizlycious bagaimanapun turut meluahkan rasa ragu-ragu dengan keputusannya kembali ke dunia seni.

"Kemunculan saya kali ini sebagai bukti bahawa persepsi orang yang mengatakan saya gila adalah salah. Sebenarnya saya juga masih ragu-ragu adakah ini jalan yang terbaik buat saya. Justeru saya agak memilih apabila diberi tawaran berlakon," ujarnya yang dipetik sebagai berkata mStar.

Ditanya tentang perubahan pada nama pentas, Iqram memberitahu dia mahu membuang jauh dirinya yang dahulu kerana Iqram Dinzly sebelum ini terlalu mengejar populariti. Sementara itu, dia juga menegaskan sikap gila-gila yang sering ditampilkan di media sosial hanyalah satu watak berbeza dalam dirinya.

Klik untuk gambar besar



"Iqram Dinzly sebelum ini adalah seorang selebriti yang terlalu mengejar glamor. Sekarang saya mahu menjadi anak seni yang pentingkan karya berkualiti. Jika ada yang katakan saya gila, itu adalah Princhiqy dan ia sekadar satu watak lain yang saya tampilkan di media sosial," jelasnya.

Sering menerima kecaman sebelum ini, Iqram bagaikan sudah lali setiap kali dilempar kata-kata negatif. Bagi Iqram, apa yang dia tonjolkan sebelum ini memberi satu pengalaman berharga untuk dia mengenal erti sebenar kehidupan.

"Apa yang telah terjadi dalam diri saya adalah satu anugerah. Setiap sifat dan watak yang berbeza dalam diri saya membuatkan saya lebih menghargai kehidupan," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: