30 March 2022

DITERIMA MASUK CERIA POP STAR XTRA - ZAKI YAMANI NAFI 'JUAL NAMA' BAPA, JAMAL ABDILLAH TAPI KERANA BAKAT SENDIRI



"Orang mungkin anggap saya boleh ambil jalan mudah untuk popular. Namun saya lebih senang mencipta nama sendiri. Sebagai anak kepada Jamal Abdillah pun saya tidak diberi jalan istimewa untuk hadir ke uji bakat.


"Malah sebelum ini saya juga pernah ditolak untuk menyertai sebuah pertandingan nyanyian selepas sesi uji bakat," itulah jelas anak kepada penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah, Zaki Yamani yang menafikan dakwaan dia diterima memasuki program Ceria Pop Star Xtra kerana 'menjual nama bapanya.

I ni kerana kata Zaki, menjadi anak Jamal Abdillah bukanlah tiket laluan mudah baginya untuk mencipta nama dalam industri seni. Buktinya, Zaki atau penuhnya Ahmad Zaki Yamani, 16, masih terkial-kial mempamerkan bakat sendiri agar lebih dikenali dalam dunia hiburan.

Sebelum ini, Zaki menerusi laman Instagram, telah berkongsi gambar dia mencuba nasib hadir ke uji bakat program tersebut sebelum layak ke pusingan lain.

Klik untuk gambar besar



Zaki yang tekad untuk memperbaiki mutu nyanyian sendiri itu berharap program sebegini dapat memberikan ilmu bermanfaat buatnya. Malah Zaki juga tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang dalam pertandingan tersebut.

"Saya mahu sertai program ini sebab hendak mencari pengalaman dan tingkatkan kualiti vokal. Selain itu saya juga mahu hiburkan peminat. Soal kalah atau menang tidak menjadi keutamaan buat saya. Apa yang penting adalah ilmu untuk saya memperbaiki diri," ujarnya.

Bercerita lanjut tentang perjalanan seni, kata Zaki, dia harus bijak membahagikan masa untuk kerjaya dan juga pelajaran. Dalam masa sama, Zaki juga sibuk menguruskan perniagaan makanan yang dia usahakannya.

"Kehidupan harian memanglah sibuk. Saya cuba bahagikan masa sebaik mungkin untuk semua yang saya usahakan. Saya tak mahu pelajaran terabai dek kerana terlalu sibuk dengan perniagaan dan jemputan menyanyi. Semua perkara harus diseimbangkan," katanya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: