30 March 2022

ATAS KESELAMATAN & KESIHATAN - ANUAR ZAIN MELAWAT CUCU SAUDARA SELEPAS ERNIE SELESAI BERPANTANG



"Memandangkan negara sedang 'berperang' dengan C0V1D, kita harus bersikap sensitif mengenai isu ini. Mungkin selepas Ernie selesai berpantang nanti, saya akan berkunjung bagi melihat cucu saudara saya itu.


"Memang comel wajahnya, putih gebu dan bermata sepet, masih kecil jadi tidak dapat dipastikan mirip wajah Syamel atau Ernie. Insya-Allah, jika diberikan kesempatan nanti pasti saya akan melawat cucu saudara saya itu.

"Kita seharusnya sensitif mengenai isu ini, kadang-kadang kita tak sedar tindakan kita seperti memegang dan mencium bayi yang masih kecil itu membuatkan wajahnya naik ruam dan sebagainya," ujar penyanyi popular, Anuar Zain.

Anuar berkata, dia belum berkesempatan untuk bertemu dengan cucu saudaranya, Nur Khawla Soleha atas tujuan keselamatan dan kesihatan bayi perempuan itu.

Jelas penyanyi lagu 'Lelaki ini' lagi, dia hanya melihat wajah anak kepada pasangan Syamel dan Ernie Zakri itu menerusi gambar yang dikirimkan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: