30 March 2022

MENGAKU BERSALAH MASUKKAN DADAH KE DALAM BADAN - ZARINA ANJOULIE DIDENDA RM4,000



Di Mahkamah Majistret Seremban, semalam, selebriti sensasi iaitu Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul telah dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh Majistret Mohd Firdaus Saleh selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan pada Jun tahun lalu.


Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman mengesahkan perkara itu. Pendengaran kes Zarina Anjoulie sepatutnya berjalan hari ini, namun peguam yang mewakili selebriti itu, Ahmad Faiz Munawar memohon kepada mahkamah untuk diadakan lebih awal iaitu pada Selasa.

Selain didenda RM4,000, mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama dua tahun dan jika gagal membayar denda berkenaan dia berdepan hukuman penjara empat bulan.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun Zarina Anjoulie membayar denda itu, semalam. Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi.

Pada 13 September lalu, Zarina Anjoulie didakwa di Mahkamah Majistret sama atas pertuduhan menggunakan dadah jenis methamphetamine dan air kencingnya didapati positif dadah jenis itu pada Jun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: