30 March 2022

HAMPIR 2 BULAN NIKAH: ISTERI SAH HAMIL - USOP SEBAK, LUAH RASA SYUKUR



"Alhamdulilah rezeki Allah... I love u sayangku❤️🤲😭😭 #usopjunior ❤️," demikianlah tulis penyanyi Usop yang berkongsikan berita gembira apabila isterinya, Nur Fatihah disahkan hamil cahaya mata pertama, setelah hampir dua bulan mendirikan rumah tangga.


Berkongsikan berita itu di aplikasi TikTok, Usop dilihat tidak dapat menahan air mata sebaik sahaja menerima perkhabaran tersebut dan meluahkan rasa syukur di atas rezeki zuriat yang diberikan, selain turut mengucapkan rasa sayang buat isteri tercinta.

Perkongsian Usop itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang meluahkan kesyukuran serta gembira dengan perkongsian berita tersebut.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, ramai yang memuji tindakan isteri Usop meletakkan alat ujian kehamilan di dalam plastik dan tidak seperti kebiasaan yang dipaparkan di video yang hanya dipegang begitu sahaja.

Untuk makluman, Usop dan Fatihah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan pada 4 November tahun lalu.














         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: