04 March 2022

ELFIRA LOY BERSYUKUR HASRAT TIMANG 'BABY GIRL' TERMAKBUL



Pelakon Elfira Loy menerusi laman Instagram miliknya mengakui gementar dan tidak bersedia untuk mengetahui jantina bayi yang dikandungnya.


Dek kerana itu, adiknya yang pelakon iaitu Esliza Loy telah membuat kejutan dengan mengadakan majlis 'gender reveal' untuk kakaknya itu.

Elfira memuat naik fotonya yang terkejut apabila melihat belon berwarna merah jambu (bermakna ia bayi perempuan) dan meluahkan rasa syukur kerana apa yang diidamkan selama ini dimakbulkan.

Dalam entri yang sama, Elfira berkata, sepatutnya dia hanya terima sahaja kentuan Tuhan tetapi tidak menafikan jauh dilubuk hatinya dia menginginkan bayi perempuan selepas memiliki anak lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf yang dilahirkan pada 1 Oktober 2019.

Klik untuk gambar besar



"Kakcik: "You have the worst baby gender reveal's reaction ever 😂" Haha.

"K kakcik, k. I was nervous, I wasn't ready. I know I should accept whether its a boy or a girl. But deep inside, I cannot lie. I've been praying for a girl.

"MashaAllah. Allah tu sangat baik dengan El. Allah izinkan. Syukur, syukur Alhamdulillah.

"Thank you my girlprens @syahierakhamsan @_isma_ismail @santhawan @_aniskiss @sarancak @bellazahirzain & of course to my sister @ezlisaaloy.

"Missing @belladally & @syahirahkasim yang tak sayang I," tulis Elfira yang mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: