04 March 2022

DUGAAN SEBELUM NIKAH - ISTERI ZUL 2 BY 2 DEDAH TERKENA SIHIR



"Saya rasa sesak nafas, kaki jadi sakit dan kepala terasa amat berat. Sehinggakan ada ketika saya rasa tawar hati untuk bernikah dengan Zul. Saya juga ada beritahu kepadanya untuk membatalkan pernikahan. Malah pada hari pernikahan kami, saya rasa seperti mahu memberontak.


"Mujur ada teman-teman rapat yang sentiasa memberi kata-kata semangat untuk saya lawan perasaan itu. Syukur selepas bernikah semuanya hilang dan saya sekarang dalam proses untuk memulihkan diri," dedah isteri kepada penyanyi Zul (2 by 2), Intan Maya, 39, mengenai dirinya yang diuji dengan kesakitan dipercayai akibat perbuatan guna-guna atau ilmu hitam yang didorong perasaan dengki.

Cerita Maya, dia mengalami sesak nafas dan beberapa peristiwa pelik sehingga hatinya berbolak-balik untuk meneruskan hasrat berkahwin dengan Zul atau Zulkefli Majid, 50. Tambah Maya, dugaan berkenaan berlaku kira-kira tiga minggu sebelum majlis pernikahan mereka.

Klik untuk gambar besar



Menjelaskan lebih lanjut tentang pengalaman berkenaan, Maya yang pernah menganggotai kumpulan The Girls itu berkata, dia juga sering mengalami mimpi pelik tentang seseorang di tepi kubur. Malah, dia turut mengalami masalah tidur dan hanya boleh terbaring dalam keadaan tegak seperti jenazah.

"Saya pernah bermimpi melihat seseorang yang rupanya agak pelik di tepi kubur. Selain itu saya juga susah untuk tidur, tidak boleh mengiring atau dalam posisi lain. Hanya terbaring seperti jenazah dengan tangan di dada. Mungkin dia mahu saya mati," terangnya.

Bimbang keadaan menjadi lebih parah, Maya berkata dia cuba berubat dan menjalani rawatan perubatan Islam. Bukan itu sahaja, dia juga kerap bermimpi wajah seseorang selepas menunaikan solat hajat meminta diberikan petunjuk.


"Saya lakukan solat hajat memohon diberi petunjuk siapakah orang yang melakukan perbuatan ini. Beberapa kali saya nampak wajah yang sama. Saya maafkan orang itu. Tidak elok menyimpan dendam kerana takut perkara sebegini akan berlaku kepada keluarga saya.

"Sekarang ini ada masa saya rasa jiwa masih kosong. Saya hanya kuatkan semangat dan terus berdoa dijauhkan daripada sebarang unsur sihir lagi," ujarnya.

Pada 22 Februari lalu, Maya dan Zul selamat mendirikan rumah tangga bersama dan ini merupakan pernikahan kali kedua buat mereka.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: