04 March 2022

"BEST REUNION EVER" - AZAH AZIZ TERHARU JUMPA ABANG SELEPAS 20 TAHUN & KAKAK (4 TAHUN TERPISAH)



Menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon yang popular era 90-an iaitu Azah Aziz telah berkongsi satu foto serta video momen indah dimana dia berpeluang berjumpa insan tersayang apabila pulang ke tanah air, baru-baru ini.


Dalam video tersebut, Azah atau nama penuhnya Noazah Aziz dilihat terharu apabia berpeluang bertemu seterusnya mengisi masa dengan abang kandungnya selepas 20 tahun tidak berjumpa.

Selain abang, bintang berusia 50 tahun itu turut menziarahi kakak kandungnya yang juga sudah empat tahun terpisah.

Klik untuk gambar besar



"Reunion with my sis n my bro, it's so emotional coz I didn't see my brother at least 20 years, and my sis like 4 years and she look more and more like my late mum, and yes off course I cry. Best reunion everr, cam jejak kasih dah ni," tulisnya lagi.

Selain ahli keluarga, Azah turut bertemu rakan artis seperti pengacara Sharifah Shahirah dan juga kawan zaman sekolah.

Untuk makluman, Azah menetap di Montreal, Kanada selepas mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Daud Leroy Abdullah. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Aaron, Ryan, dan Justin.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: