04 March 2022

MAS IDAYU AKUI KINI SEDANG KENALI HATI BUDI SESEORANG, TAK TOLAK JIKA BERJODOH



"Selama lebih 15 tahun hidup sendiri, saya akui terkejut dan tidak menyangka akhirnya pintu hati terbuka untuk mengenali seseorang. Perasaannya ibarat ketika mengenali lelaki pada zaman anak dara. Rasa menggigil nak jawab soalan ini.


"Selama ini saya tutup pintu hati untuk menerima pasangan baru walaupun banyak lelaki cuba mendekati. Pernah juga ada lelaki muda yang cuba untuk rapat tetapi jika saya okey, anak pula sebaliknya.

"Sebenarnya saya selalu berdoa agar dibukakan rezeki jodoh sebab sudah tiba masanya untuk saya ada teman," demikianlah kata penyanyi Mas Idayu, 50, yang mendedahkan dirinya kini sedang mengenali hati budi seseorang dan tidak menolak kemungkinan untuk membawa hubungan itu ke fasa lebih serius.

Mas Idayu berkata, buat masa ini dia belum bersedia untuk berkongsi mengenai identiti lelaki yang dikatakan turut bekerja dalam industri hiburan itu, sebaliknya akan berkongsi apabila tiba waktu sesuai.

Klik untuk gambar besar



Menurut Mas Idayu, dia tidak menyangka doa yang dipohon akhirnya dipertemukan dengan seseorang yang turut bekerja dalam industri hiburan.

"Saya tak sangka dia hadir dalam hidup saya walhal sebelum ini kami pernah beberapa kali bekerjasama. Tahun lalu ada yang cuba usik saya dengannya, tapi kami mula rapat tahun ini. Apa yang boleh saya katakan dia bukanlah selebriti.

"Kami juga sudah keluar berjumpa beberapa kali dan setakat ini hubungan berjalan dengan baik. Cuma apa yang minta doakan agar yang baik-baik saja, Insya-Allah," ujarnya.

Untuk makluman, Mas Idayu pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka tetapi bercerai sekitar tahun 2006. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Dayini Ashiqah yang kini sudah berusia 25 tahun.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: