04 March 2022

"MUSA ADALAH MAHRAM SAYA SEKARANG" - MIZZ NINA & NOH SALLEH AMBIL ANAK ANGKAT



Hampir 11 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh menerusi laman Instagram semalam telah mengumumkan mereka akhirnya memutuskan untuk mengambil anak angkat, selepas bertahun menjalani rawatan IUI, IVF.


Dalam hantaran yang muat naik, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkata, bayi diberi nama Musa itu sudah tiga bulan menjadi sebahagian daripada hidup mereka.

Menurut Nina, jauh perjalanan mereka untuk sampai ke hari ini selepas bertahun berusaha dan akhirnya mereka dianugerahkan anak kecil itu. Kata Mizz Nina lagi, dia mengambil masa setahun untuk bersedia ke arah itu dan suaminya yang memberi idea untuk mengambil anak angkat.

"Saya boleh mengatakan bahawa dia adalah mahram saya sekarang. Perjalanan yang panjang untuk sampai ke tempat kita hari ini, melalui operasi IUI, IVF, selama bertahun-tahun, Allah menganugerahkan kita bayi yang manis ini melalui cara lain, dan itu semua sudah pasti.

Klik untuk gambar besar



"Jika Allah menghendakinya untuk anda, tiada apa yang dapat menghalangnya daripada sampai kepada anda dan Hanya Dia yang mengetahui masa yang sesuai untuk segala-galanya jatuh ke tempatnya. Segala ujian dan perjuangan adalah bersebab.

"Saya masih ingat saya mengambil masa lebih setahun untuk membuka diri dan bersedia untuk usaha ini. Perjalanan kemanusiaan kami juga membantu saya dalam membuat keputusan ini, banyak bayi dan kanak-kanak di luar sana tanpa seorang atau kedua-dua ibu bapa, atau tempat yang boleh mereka panggil rumah dengan keluarga yang menyayangi mereka," tulisnya.

Dalam masa sama, Mizz Nina turut menyifatkan Musa adalah hadiah terindah daripada Allah. Ujarnya lagi, ianya cabaran baru bergelar ibu bapa namun mereka bahagia dan bersyukur dengan momen berkenaan.



"Semoga menjadi cahaya bagi ummat, Semoga Allah melindungi keluarga kecil kita di dunia dan akhirat serta mengizinkan kita termasuk orang-orang yang diredhai-Nya Aamiin," tuturnya.

Perkongsian Mizz Nina itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang turut tumpang gembira serta mengucapkan rasa syukur di atas kehadiran orang baru dalam keluarga pasangan itu.

Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011. Sehingga kini, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata lagi. Sebelum ini, Mizz Nina dilaporkan pernah menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: