Penerbit dan pelakon, Erma Fatima menerusi laman Instagram miliknya tampil memberikan responnya berhubung video 'teaser' drama terbitan syarikatnya, 'Perempuan Itu' yang tular hingga mencetuskan kontroversi selepas dimuat naik pelakon Zul Ariffin, semalam.
Dalam hantaran tersebut, Erma memuat naik gambar harimau kumbang yang sedang bertapa dan tertera tulisan 'Pejuang terbaik tidak pernah marah' dalam bahas Inggeris dengan kapsyen: "Insyaallahhh.. the truth will reveal soon. 🤲🤲🤲".
Selain itu, Erma turut memuat naik hantaran video yang memaparkan babak pelakon drama itu, Mimi Lana dirotan oleh bapanya yang dilakonkan oleh Eman Manan. Erma bagaimanapun menutup ruangan komen di Instagram sekaligus menghalang netizen untuk melontarkan komen mereka.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, di pelbagai platform media sosial, heboh mengenai babak dalam drama 'Perempuan Itu' yang memaparkan aksi panas antara pelakon Zul Ariffin dan Siti Hariesa.
Usaha untuk mendapatkan kenyataan Erma juga gagal apabila panggilan telefon tidak berjawab. Bukan sahaja Erma, bahkan, Zul, Mimi, dan Hariesa juga tidak menjawab panggilan telefon. Bagaimanapun, video yang dimuat naik Zul sudah dipadam.
________________________

No comments:
Post a Comment