19 March 2022

PENGARAH MINTA HENTI KECAM ERMA FATIMA: "BABAK ZUL ADALAH SCENE DIRECTOR CUT YANG MUNGKIN TAK TAYANG TV"



"Ya! Saya yang mengarahkan babak itu... adegan yang Zul kongsi itu adalah scene director cut yang mungkin tidak akan ditayangkan di televisyen. Apa yang netizen tonton itu rakaman second version jika sesuai untuk digunakan dan sekadar untuk tujuan publisiti.


"Saya tak tahu pula Zul akan berkongsi babak itu di Instagram. Saya pun terkejut bila dapat tahu orang bercakap tentang hal ini tapi benda pun dah jadi, sebagai pengarah saya kena ambil tanggungjawab ini. Sebenarnya adegan intim begitu tak sampai 10 peratus pun dalam drama ini.

"Babak berkenaan dihasilkan untuk menggambarkan karakter Sera iaitu lakonan Siti Hariesa sebagai isteri kedua Emir (Zul Ariffin)," kata pengarah iaitu Ain Sharif yang menjelaskan adegan panas yang bocor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen.

Drama 'Perempuan Itu' yang belum ditayangkan itu nampaknya sudah menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial selepas pelakon utama Zul Ariffin berkongsi sedutan babak panas bersama aktres Siti Hariesa di laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Pada malam Jumaat, Instagram Zul diserang netizen selepas dia memuat naik babak panas drama lakonannya itu di laman sosial berkenaan. Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

Bukan sahaja dikecam netizen, malah video itu turut menarik perhatian pendakwah termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Senator Datuk Idris Ahmad yang turut menegur babak panas berkenaan.

Dalam pada itu, Ain yang ampil menjawab kontroversi berkenaan berkata, sebagai pengarah dia hanya menjalankan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin bagi memastikan mesej serta jalan cerita drama berkenaan sampai kepada penonton.



"Sebelum penggambaran pun kita dah berbincang dengan pelakon dan mereka okay untuk lakonkan babak begitu. Kita buat rakaman second version itu bertujuan untuk menjadikan drama lebih menarik tapi semuanya terpulanglah kepada stesen nak pakai atau tidak.

"Saya hanya jalankan tugas sebagai pengarah dan berharap mesej cerita ini sampai kepada penonton sebab apa yang ditonjolkan dalam drama itu memang berlaku di sekeliling kita. Saya sedar ada sesetengah babak agak sensitif untuk penonton tapi mereka kena tengok dahulu dan fahamkan jalan cerita, baru mereka tahu apa yang kami cuba sampaikan, sebenarnya banyak mesej positif dalam drama ini," ujarnya.

Bukan hanya nama Zul Ariffin menjadi trending di laman Twitter, malah nama penerbit Erma Fatima turut menjadi sebutan netizen kerana disangka merupakan pengarah drama berkenaan.


"Ingin saya jelaskan, babak dalam drama ini tak ada kaitan dengan mama (panggilan untuk Erma). Dia penulis skrip dan saya menvisualkan karakter mengikut penulisannya... semasa penggambaran pun Kak Erma berulang kali pesan jangan buat (aksi) daring sangat nanti tak boleh keluar televisyen.

"Dia tahu akan ada babak mereka bersama tapi tak jangkalah saya akan terjemahkan dalam bentuk begitu. Jadi tak wajarlah netizen kecam Kak Erma kerana babak itu adalah arahan saya," tuturnya.

Selain Ain, drama 30 episod ini turut diarahkan oleh pengarah terkenal Isma Yusof. Drama 'Perempuan Itu' lakonan Zul Ariffin, Mimi Lana dan Siti Hariesa ini akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini di TV3.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: