19 March 2022

AL-FATIHAH - BAPA SHARIFAH SHAHORA KEMBALI KE RAHMATULLAH



"Assalamualaikum, kepada kaum kerabat, sahabat handai yang mengenali abah saya Syed Akil Syed Alwee, beliau telah kembali kepadaNya pukul 4 ptg tadi di Shah Alam. Mungkin ada yg kami tak dapat bagitahu semua buat masa ini.


"Diharapkan dapat doakan Allahyarham abah saya di letak ditempat orang yang beriman," tulis pelakon dan penerbit Sharifah Shahora yang memaklukan berita duka dimana bapanya, Syed Akil Syed Alwee meninggal dunia kira-kira jam 4 petang tadi.

Berita mengenai pemergiaan Allahyarham dimaklumkan Shahora menerusi hantaran di laman Instagram yang dikemas kini. Perkara sama turut dikongsikan Shahora di Insta Stories.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, rakan selebriti dan peminat turut menitipkan al-Fatihah serta ucapan takziah atas pemergiaan arwah bapa tercinta.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: