19 March 2022

USTAZ ADNIN TEGUR TEAM DRAMA 'PEREMPUAN ITU': "JANGAN SEBAB NAK 'RATING' TINGGI SANGGUP GADAI AGAMA!"



"Kerana dunia, sanggup gadai agama. Kerana nama, kau sanggup lukakan baginda Nabi SAW. Kepada pelakon, penerbit, director, production, dan semua kru industri hiburan tanah air, jangan jadikan nama, pangkat, harta, tahta sebagai tuhan kalian. Sehingga sanggup gadaikan perintah Allah hanya untuk dapatkan habuan dunia yang hakikatnya sementara.


"Nak famous sangat nak pergi mana? Nak kaya sangat nak pergi mana? Last-last dunia ni kejap je. Mati masuk kubur, semua pencapaian kita kat dunia tu tak berguna. Yang berguna iman dan amal kita je. Takkan sebab nak dunia yang sementara ni, sanggup gadaikan akhirat yang kekal abadi?

"Ya Allah.. Berilah hidayah pada kami, ampunkan dosa kami. Kami ini hamba yang lemah ya Allah πŸ˜”πŸ₯ΊπŸ€²," demikianlah tulis pendakwah bebas iaitu Ustaz Adnin menerusi muat naik di laman Instagram miliknya.

Ketika ini kecoh diperkatakan berhubung babak panas yang dilakonkan pelakon Zul Ariffin dalam drama yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadan nanti.

Klik untuk gambar besar



Video yang dimuat naik oleh pelakon terbabit telah mencuri perhatian ramai, bukan saja netizen malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dan Ustaz Adnin turut tampil memberi teguran.

Ustaz Adnin cukup dikenali sebagai pendakwah yang sering menjawab pertanyaan netizen dalam Instagram, kali ini terdapat seorang individu bertanyakan kepada beliau isu berkenaan aksi panas yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon drama 'Perempuan Itu'.

Cara beliau menjawab pertanyaan itu, jelas berasa kecewa dengan apa yang telah dilakukan oleh mereka dan mengatakan jangan kerana mahukan 'rating' tinggi, sanggup mencalarkan imej sebagai umat Islam.

Tidak hanya menegur kepada pelakon, beliau turut memberi teguran kepada seluruh kru yang terlibat di dalam drama terbabit kerana membiarkan hal sedemikian berlaku.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: