20 March 2022

TV3 PANDANG SERIUS ISU BABAK PANAS: "ADEGAN TIDAK SESUAI DISIARKAN APATAH LAGI TUJUAN PROMOSI"



"Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) memandang serius dan mengambil berat akan suara dan pandangan orang ramai mengenai video dalam petikan adegan daripada drama Perempuan Itu yang tular di media sosial.


"Adegan yang dipaparkan sememangnya tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi. Malahan adegan tersebut juga tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengisian drama-drama tempatan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

"Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) ingin mengingatkan semua pihak yang meliputi produksi dan para pelakon supaya menjadi lebih peka kepada tindak-tanduk yang dilakukan serta menjaga sensitiviti agama dan masyarakat terutamanya dalam menjayakan mana-mana karya.

Klik untuk gambar besar



Demikianlah kenyataan rasmi TV3 berhubung babak panas drama terbaru lakonan Zul Ariffin berjudul 'Perempuan Itu' yang menerima reaksi pelbagai pihak ini.

TV3 memandang serius dan mengambil berat akan suara dan pandangan orang ramai mengenai video dalam petikan adegan daripada drama tersebut yang tular di media sosial. Jelas TV3 dalam satu kenyataan media, adegan yang dipaparkan dalam video 'teaser' drama itu tidak sesuai disiarkan.

Terdahulu tular video 'teaser' drama 'Perempuan Itu' ini selepas dimuat naik Zul Ariffin di laman Instagram hingga mencetuskan kontroversi selain mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dan pendakwah bebas, Ustaz Adnin yang tampil memberi teguran.


Menerusi video terbabit, Zul dilihat melakonkan beberapa babak panas dengan pelakon baru, Siti Hariesa. Antara yang mencuri perhatian adalah ketika Zul merangkul badan Hariesa dan menggendong wanita itu dari depan. Tidak hanya itu, terdapat juga babak agak mengghairahkan ketika Hariesa menyuapkan 'whipped cream' ke dalam mulut Zul sebelum dia menghabiskannya.

Posting berkenaan mendapat reaksi pelbagai yang menyifatkan babak tersebut kurang bersesuaian. Bagaimanapun, Bagaimanapun, Zul mengambil tindakan memadam video dimuat naik.

Selain Zul, drama 'Perempuan Itu' terbitan Erma Fatima ini yang bakal ditayangkan Ramadan depan turut dibintangi Mimi Lana dan diarahkan oleh Ain Sharif dan Isma Yusof.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: