20 March 2022

UMIE AIDA: "MOTIF KELUARKAN FOOTAGE..." - FIZZ FAIRUZ: "DUA TAHUN ALLAH UJI..."



Isu babak panas dalam drama 'Perempuan Itu' ini nampaknya terus menjadi bualan hangat sehingga mendapat perhatian pelakon lain antaranya Datin Seri Umie Aida dan Datuk Fizz Fairuz.


Kata Umie Aida dalam hantaran di laman Instagram, selepas melihat video 'teaser' drama tersebut yang dimuat naik pelakon Zul Ariffin di laman Instagram hingga tular dan mencetuskan kontroversi, dia menyeru beberapa pihak yang terbabit harus tampil menjelaskan kenapa babak itu dibuat.

"Motif keluarkan 'footage' yang belum disunting dan teruja dengan babak yang kurang indah itu dikongsikan untuk tular? Dan saya sempat tengok hantaran dari IG pelakon itu. Dalam isu ini beberapa pihak yang terbabit harus ke depan dan jelaskan kenapa babak itu jadi sampai tahap begitu?

"Saya terus komen pada Erma (Erma Fatima), apa cerita korang (awak semua) buat ini, gila ke? Hmmm, baru sempat untuk saya berkongsi kata-kata sikit mengenai isu ini. Dari awal lagi Erma luahkan rasa risaunya dia, bila tengok 'footage' cerita ini. Dia kata mereka 'shoot' sangat 'daring'.

"Saya pesan awak (Erma) sebagai penerbit kena tegas dan info mereka 'shoot' atas landasan yang dibenarkan. Dan lebih mengecewakan bila ada pihak yang sanggup keluarkan 'footage' (yang Erma nak buang) dari penyunting tanpa keizinan pihak penerbit dan muat naik di Instagram," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam hantaran sama, Umie Aida juga adik kepada Erma Fatima berkata, semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran buat semua: "Sayangnya bila ada pihak tak bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan mengikut landasan yang dibenarkan. Antara skrip dan interprestasi pengarah berbeza.

"Lakon layar dibuat oleh pengarah bukan penulis skrip atau penerbit. Dan sebagai pelakon wajar tolak lakon layar yang di luar kewarasan. Semoga jadi pengajaran buat kita semua," katanya.

Sementara itu, Fizz Fairuz pula tampil bersuara berhubung isu tersebut menerusi Instagram dengan berkata, apa yang terjadi juga harap menjadi pengajaran buat semua.

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad pun sudah bersuara. Harap ada la sikit tindakkan. Bila tak dijaga beginilah. Kadang-kadang sedih dengan industri ini. Dua tahun Allah uji, kita mulakan dengan perkara baru, bukan perkara baru macam ini. Keluar TV atau tak, kita ada adab. Jangan syok sendiri. Harap pengajaran untuk semua," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: