24 March 2022

ERMA FATIMA: "TIDAK ELOK LAJU VIRAL, KEBAIKAN SUSAH... JANGANLAH TERLALU HIPOKRIT" - FINAS BOLEH BATALKAN LESEN PENERBITAN



"Bila kongsi sesuatu yang tidak elok, laju ia menjadi viral. Tetapi apabila cerita tentang kebaikan, susah nak dapat perhatian. Susah orang nak kongsi semula. Jadi janganlah terlalu hipokrit hendak hentam saya apabila terjadi kes sebegini," kata pelakon, penerbit dan pengarah Erma Fatima yang meluahkan rasa sedih dengan sikap masyarakat yang dianggap hipokrit apabila suka melihat sesuatu yang buruk berbanding perkongsian yang mendatangkan kebaikan.


Dalam pada itu, Erma turut berasa terkilan dan sedih dengan kecaman netizen dan merasakan maruahnya kini seperti dipijak-pijak. Luah Erma, 54, buat masa ini apa jua penjelasannya tentang video berahi daripada klip drama Perempuan Itu lakonan Zul Ariffin dan pendatang baru, Siti Hariesa tidak akan diterima banyak pihak.

Malah Erma yang juga penerbit dan penulis skrip drama 'Perempuan Itu' ini berkata, dia menunggu masa yang sesuai untuk tampil menceritakan perkara sebenar.

"Kalau saya cakap apa pun sekarang ini maruah saya bagaikan di tapak kaki orang. Seolah-olah selama ini saya hanya menghasilkan karya sampah. Itu hukuman yang diberikan oleh netizen dan beberapa pihak lain terhadap saya.

Klik untuk gambar besar



"Biarlah mereka nak katakan apa sahaja sekarang ini. Lebih baik saya berdiam dahulu. Mereka ada senjata untuk serang di media sosial, tetapi sebenarnya saya ada senjata yang lebih besar," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

' Erma juga mengesahkan dia hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Selasa bagi memberi keterangan. Berhubungan penayangan drama tersebut, Erma berkata masih belum ada kata putus kerana masih dalam proses penggambaran.

"Saya hadir ke pejabat SKMM untuk beri keterangan. Saya bawakan skrip asal drama ini. Daripada segi hukum memang salah kerana mewujudkan adegan tersebut. Namun skrip dan intrepstasi adalah dua perkara berbeza.



"Saya tidak boleh komen lanjut tentang siasatan tersebut. Tayangan drama ini juga belum pasti kerana pihak produksi dah melangggar dateline. Tunggu sahaja tarikh tayangan sebenar drama ini," ujarnya.

Sementara itu, Perbadanan Kemajuan Nasional Malaysa (Finas) boleh membatalkan lesen sekiranya pemegang lesen disabitkan kesalahan berkaitan kejujuran, penipuan atau tidak bermoral. Pada masa sama, Finas turut menyeru penggiat industri kreatif lebih berhati-hati dalam menghasilkan karya mereka.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim susulan kes pelakon Zul Ariffin memuat naik video aksi panas menerusi lakonannya dalam drama Perempuan Itu.

"Finas ingin menekankan penguatkuasaan tapisan kandungan filem dan televisyen di negara ini bukan di bawah kuasa Finas. Namun selaku badan yang dipertanggungjawabkan dalam pengeluaran lesan penerbitan filem tempatan, Finas akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan Peraturan-Peraturan Perlesenan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (1983), Peraturan 6(2)," jelasnya dalam satu kenyataan.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: