24 March 2022

NORA DANISH KONGSI VIDEO SEBALIK TABIR 'PUTERI' - PEMINAT KECEWA TAK JAGA BATAS



Menerusi perkongsian di laman Instagram baru-baru ini, pelakon Nora Danish dilihat tidak lokek memuat naik video sebalik tabir penggambaran drama empat episod sitkom drama 'Puteri' yang kini kembali selepas 15 tahun dan bakal ditayangkan pada 1 Syawal nanti.


Nora turut berkongsi satu gambar di laman Instagram miliknya bersama dua pelakon drama tersebut iaitu Beego dan Kenchana Devi. Melihat video yang dikongsikan, Nora melepaskan rindu dengan 'bapa' Puteri yang dilakonkan oleh Aziz M. Osman.

Bagaimanapun, perkongsian Nora itu menimbulkan rasa kurang senang peminat yang kecewa melihat pelakon itu tidak menjaga batas pergaulan.

Malah, ada yang meluahkan rasa kesal melihat aksi mesra pelakon yang berpelukan serta terikut-ikut dengan budaya barat. Dalam pada itu, ada yang memberi teguran dan nasihat supaya menjaga batas apatah lagi status pelakon yang sudah mendirikan rumah tangga.

Klik untuk gambar besar







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: