14 March 2022

ANAK MAKIN SIHAT SELEPAS POSITIF C0V1D - FIZI ALI BERSYUKUR DIBERI PELUANG SAMBUT BIRTHDAY KE-3 AMEENA



"Alhamdulillah.. terima kasih atas doa semua.. Dapat melepaskan rindu dekat Ameena.. Terima kasih dekat umi Ameena jugak bagi daddy jumpa.. Celebrate birthday Ameena sama-sama..


"Happy birthday sayang.. Insyallah daddy akan cuba jadi yang terbaik untuk awak.. ❤️," itulah tulis penyampai radio Suria FM, Fizi Ali apabila meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk meraikan ulang tahun kelahiran anaknya, Ameena Sofia yang ke-3.

"Caption kali ni kemungkinan panjang dia SANGAT panjang. Tapi disebabkan jari kebas tak habis-habis dengan melecet lagi dok ikat & tiup balloon malam semalam sampai 3 pagi punya nak set up Deco Birthday untuk Ameena hari ni. Kepala pening tak cukup tidur.

"Walaupun tak berapa OK tapi kena OK sebab Hari Dia. 🤍. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun aku dah terkangkang buat semua benda dengan birthday girl lately nak berdukung tak pasal-pasal sesaje 🥴.

Klik untuk gambar besar



"Happy 3rd Birthday Nyawaku @ameenasofia_ 🤍. Lain sikit tahun ni. (Lain banyak sebenarnya) tapi I janji I akan buat you happy bukan pada hari you tapi setiap hari setiap saat sebab you nyawa I.

"Birthday event you yang sepatutnya I akan invite all your friends semua cancel sebab Allah nak bagi kita celebrate bertiga. Sebab tu Allah bagi kita sakit sikit. Tapi I tahu you happy sebab memang you nak tengok DUA-DUA kan.

"Semoga you kuat dan semoga jadi manusia yang baik. Baik dari dalam dan luar. Jadi manusia yang ramai orang sayang. Ramai orang akan ikut kebaikan yang you tunjuk kan. Insyallah. You anak solehah dan anak yang akan buat Umi & Daddy bangga nanti. @ameenasofia_ ❤️🤍," tutur pelakon Shakilla Khoriri pula menerusi laman Instagram.



Sebelum ini, Fizi ada meluahkan rasa sebak kerana tidak dapat bersama-sama menyambut ulang tahun kelahiran puteri sulungnya itu pada kali ini. Perkara tersebut dikongsikan Fizi menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Melihat pada video tersebut, dia dirakam sedang membeli beberapa hadiah kesukaan cahaya matanya itu di sebuah pusat beli belah sekitar ibu kota. Pada masa sama, Fizi juga memohon maaf kerana terpaksa meninggalkan hadiah berkenaan di pondok pengawal.

"Selamat hari lahir Ameena sayang. Daddy letak video di sini supaya kalau nanti daddy sudah tiada, awak ada memori untuk melihat. Nanti sudah besar, awak akan faham. Daddy tidak pernah melupakan awak walau sesaat. Awak nyawa daddy.

"Maaf tidak dapat jumpa awak kerana daddy tidak mahu lagi dituduh pembawa penyakit kepada awak. Daddy tidak sanggup melihat awak sakit dari jauh," coretnya.



Mengulas lanjut, dia turut meminta maaf kerana tidak dapat menjaga anak perempuannya sewaktu sakit: "Tidak dapat menjaga awak, tidak dapat menyentuh awak. Maafkan daddy. Terima kasih juga kepada orang-orang yang menyumbang untuk beri sumbangan bapa dan anak jauh. Semoga kalian diberkati," ujarnya.

Sementara itu, dedikasi teristimewa berkenaan mengundang pelbagai reaksi warganet menerusi ruangan komen: "Fizi Ali, janganlah asyik menyalahkan diri sendiri. Allah maha mengetahui segalanya. Semua orang kalau boleh nak elak tidak mahu menjadi punca.

"Tetapi, elak lah macam mana pun, jagalah baik mana pun kalau dah Allah kata kena, tetap kena juga. Semoga tabah okey, dah buat sehabis baik untuk Meena," komen penyampai radio Feeya Iskandar.

"Perkara nak jadi, tidak perlu menyalahkan sesiapa. Allah menguji sikit sahaja itu. Sakit itu ujian Allah. Eh, aku pula yang sebak wei," komen seorang warganet.















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: