04 March 2022

HARITH ISKANDER: "TIADA NIAT SELAIN DARI MENGHIBUR"



"Sebenarnya saya rasa maklum balas dari Ketua Pangarah Imigresen tu biasa je, saya pun maklum balas ke tweet beliau dan pada waktu itu saya tidak menganggap ia sebagai isu yang besar.


"Klip stand up comedy yang di maksudkan tu dari Netflix Special saya yang bertajuk "I Told You So" dari beberapa tahun lepas (2018) dan memang itu "joke" lama.

"Stand up comedy adalah medium untuk kita mempertawakan diri kita sebagai manusia. Manusia tidak sempurna dan kita mesti boleh mentertawakan ketidaksempurnaan kita. Itu 'nature' of stand up comedy.

"Tiada niat selain dari menghibur," ujar pelawak Harith Iskander yang tetap mempertahankan tindakannya itu selepas sebelum ini ditegur kerana menjadikan perkhidmatan Jabatan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai bahan jenaka.

Klik untuk gambar besar



Menurut Harith, 56, apa yang berlaku itu bukan isu besar dan stand up comedy yang dimuat naik daripada program Netflix Special bertajuk 'I Told You So' itu adalah rakaman beberapa tahun lepas.

Malah tegasnya, stand up comedy itu sendiri adalah medium untuk mentertawakan ketidaksempurnaan dan ia dilakukan tanpa niat lain selain menghibur.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai kandungan yang disifatkan keterlaluan, Harith berkata, dia sentiasa berhati-hati sepanjang 30 tahun dalam industri seni. Malah, Harith mengakui dia seorang yang cintakan negara dan bangga menjadi warganegara Malaysia.

"Soal berhati-hati dalam buat content tak perlu dipertikaikan sebab selama karier saya sebagai stand up comedian lebih 30 tahun ini saya memang sentiasa behati-hati dengan content persembahan saya.


"Kalau tidak, dah lama saya keluar dari industri ini. Sebelum pandemik ini saya dah mengharumkan nama Malaysia dengan menang anugerah 'Funniest Comedian in the World' beberapa tahun lepas dan saya tak pernah malu menggelarkan diri saya sebagai 'a proud Malaysian'" ujarnya lagi.

Bagaimanapun Harith membalas twit teguran Ketua Pengarah jabatan itu, Datuk Seri Khairul Dzaimee dengan mengatakan bahawa rakaman berkenaan adalah bahan stand up komedi dan bukannya persidangan Parlimen.

Isu berkenaan mendapat reaksi pelbagai daripada netizen dengan ada antara mereka yang menyokong jenaka yang dilakukan Harith. Kata mereka bahan jenaka itu pernah terjadi ketika berurusan dengan Jabatan Imigresen di KLIA.

Namun ada juga yang mempertikaikan perbuatan Harith kerana menurut mereka ia seperti 'membahan' atau mempersendakan negara sendiri demi stand up komedi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: