04 March 2022

SAKSI NAFI SELAMATKAN ZIZIE IZETTE & BUNG MOKTHAR DENGAN BERI KETERANGAN BERCANGGAH



"Saya tidak berbohong di mahkamah," itulah kata perunding unit amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar, 45, ketika dipanggil semula untuk disoal balas oleh pihak pendakwaan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.


Norhaili menafikan bahawa dia memberi keterangan bercanggah di mahkamah, semata-mata untuk menyelamatkan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, pelakon Datin Seri Zizie Izette. Sebaliknya saksi itu memberitahu kepada keterangannya di mahkamah adalah benar.

Semasa prosiding Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How memohon kepada mahkamah supaya menganggap saksi itu sebagai saksi belot dan mendapatkan kebenaran mahkamah untuk memeriksa balasnya.

Ini kerana Chin How berkata, mahkamah perlu melihat percanggahan keterangan saksi utama itu di mahkamah pada prosiding lalu dengan lima rakaman percakapan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula 2016 hingga 2018.

Klik untuk gambar besar



Menurutnya, ia adalah membabitkan lima rakaman percakapan saksi itu di pejabat SPRM Putrajaya pada 22, 28 Jun, 19 Julai, 4 Oktober 2016 dan 10 Disember 2018.

"Antara percanggahan itu ialah saksi menyatakan Bung Moktar tidak pernah meminta RM3.5 juta pada 4 Mei 2015 sedangkan ketika rakaman percakapan dengan SPRM, Bung Moktar ada meminta rasuah.

"Selain itu, dalam prosiding lalu saksi itu juga menyatakan RM2.8 juta diberi kepada Zizie Izette adalah wang pengenalan sebaliknya dalam rakaman percakapan di pejabat SPRM, beliau menyatakan wang itu adalah rasuah," ujarnya.


Bagaimanapun, peguam, M.Athimulan membantah permohonan pendakwaan untuk menyoal balas dan melayan Norhaili sebagai saksi belot. Ini kerana katanya, Norhaili telah memberi kerjasama kepada pendakwaan dan pembelaan ketika memberi keterangan di mahkamah.

"Saksi (Norhaili) tidak menunjukkan bahawa dia mengelak untuk menjawab mana-mana soalan yang dikemukakan, beri kerjasama yang baik dan mengaku tidak menipu, jadi adakah itu menunjukkan bahawa dia adalah saksi belot?" tuturnya.

Mengikut pertuduhan Bung ,64, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah sejumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif pada ketika itu, dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid, 38, menerusi isterinya Zizie, 44.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: