07 March 2022

"I LOST MY BABY..." - SHIMA ANUAR HAMIL LUAR RAHIM, HILANG BANYAK DARAH KETIKA PEMBEDAHAN



"Ia sangat menyakitkan. Saya masih berada di unit rawatan rapi. Saya kehilangan banyak darah ketika pembedahan dan saya hilang anak yang berusia tiga bulan dalam kandungan kerana hamil luar rahim.


"Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Saya akan kembali sihat," kongsi pelakon Shima Anuar yang memaklumkan berita sedih apabila terpaksa menjalani pembedahan menggugurkan kandungan selepas disahkan hamil luar rahim.

Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar, 31, turut memberitahu dia kini berada di unit rawatan rapi (ICU) sebuah pusat perubatan kerana banyak kehilangan darah.

Klik untuk gambar besar



Pada malam Ahad, Shima juga dilihat memuat naik satu hantaran di IG story memohon maaf dan doa sebelum dia menjalani pembedahan: "Maafkan saya. Ampunkan saya jika ada salah dan silap. Doakan saya," ucapnya.

Pada 17 Februari lalu, Shima berkongsi berita gembira dimana dia mendapat tahu dirinya hamil anak ketiga. Selepas mendapat nasihat doktor, Shima terpaksa membatalkan semua tawaran kerja di set penggambaran kerana bimbang dia dan kandungannya terdedah kepada jangkitan C0V1D.

Untuk makluman, Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan bernama Mohd Solih Toha, 54, pada April 2017. Pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Iman, 2.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: