07 March 2022

BERLAKON DRAMA LELAKI SONGSANG - AARON AZIZ KATA TONTON DULU SEBELUM KECAM



"Kesediaan saya melakonkan watak Dean bukanlah kerana menyokong komuniti 'songsang'. Ia hanya cerita yang diadaptasi daripada novel. Jadi, anda kena tonton dulu drama ini untuk setiap episodnya dan akan faham kisah yang berlaku. Kepada netizen yang mahu mengecam, ingatlah yang kami hanya pelakon.


"Ia bukan kisah benar. Namun, kita tetap kena akur budaya songsang bukanlah sesuatu yang baharu dalam masyarakat terutama pada kehidupan di sekeliling hari ini," itulah kata pelakon Datuk Aaron Aziz, 46, apabila menerokai watak baharu yang memberi impak besar dalam kerjaya lakonannya dimana dia berlakon sebagai lelaki songsang menerusi drama terbaru 'Suamiku Lelaki Pendosa'.

Ujar Aaron, dia sudah menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin untuk watak Dean Ilyas dalam drama bersiri di slot Samarinda TV3 itu. Aaron yang juga bapa tiga anak itu berkata, kisah diketengahkan drama itu memang diambil daripada novel berjudul 'Imamku Lelaki Pendosa' tulisan Umie Nadzimah.

Klik untuk gambar besar



Tambah pelakon kelahiran Singapura ini, drama 'Suamiku Lelaki Pendosa' itu juga dihasilkan bukan bertujuan sengaja mahu mempersendakan komuniti songsang berkenaan dan ada mesej tersendiri cerita ingin disampaikan.

Berganding dengan pelakon Gambit Saifullah sebagai pasangan, Aaron berkata, cabaran paling berat ialah untuk meyakinkan penonton yang dia tiada nafsu pada wanita.

"Yang pasti tidak banyak adegan bersentuhan antara saya dan Gambit sebagai Izfairin dalam drama ini. Tapi, saya tetap kena tunjukkan begitu ambil berat terhadapnya.



"Babak paling berat buat kami ketika Izfairin memberitahu Dean yang dia dijangkiti HIV. Untuk babak itu, kami perlu menunjukkan saling mengambil berat dan mencintai," tuturnya.

Walaupun tak menafikan ada rasa bimbang dengan kecaman netizen, namun pembikinan drama 'Suamiku Lelaki Pendosa' disifatkan Aaron tidak keterlaluan dan masih menjaga sensitiviti.

Selain Aaron dan Gambit, drama arahan Eyra Rahman itu turut dibintangi antaranya Fauzi Nawawi, Datin Maria Farida, Aleza Shadan, Shima Anuar dan Edika Yusof.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: