07 March 2022

JANNA NICK KENA TEGUR: "KESIAN TENGOK SKIRT TU, MACAM SESAK NAFAS"



Pelakon dan pengacara Janna Nick baru-baru ini telah berkongsikan video memaparkan dirnya memakai jaket sejuk dan dress pendek menampakkan bahagian pehanya di aplikasi TikTok, selepas memuat naik gambar di laman Instagram.


Menerusi video tersebut, Janna sedang melakukan catwalk dengan berlatar belakangkan lagunya yang kini sedang viral berjudul 'Gatal'. Video yang kini mendapat 2 juta tontonan itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang menegur pemakaian pelakon itu.

Rata-rata netizen menegur pelakon itu supaya tampil lebih sopan serta meminta untuk menjaga auratnya. Malah, ramai yang mendoakan supaya Janna berubah suatu hari nanti.

Klik untuk gambar besar



Namun, seperti sudah dijangka ada netizen meninggalkan komen sindiran meluahkan rasa kasihan dengan skirt yang dipakainya itu seperti sesak nafas.

Sementara itu, semalam Janna dilihat ada memuat naik gambar dengan kapsyen dimana dia memerlukan kata-kata semangat daripada orang ramai untuknya menurnukan berat berat.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: