13 March 2022

"INI ORANG BERJAGA MACAM BURUNG HANTU..." - WANY KAYRIE BANGGA PEROLEH KEPUTUSAN CEMERLANG LAGI



"Simpan sini biar jadi kenangan bila dah graduate nanti. Sememangnya tidak mudah untuk belajar sambil bekerja. Lagi-lagi Wani full-time student di @msumalaysia dan kena seimbangkan belajar serta karier. Orang hanya nampak Wani post pasal kerja dan seronok jalan-jalan.


"Hakikatnya, inilah orang yang berjaga macam burung hantu sampai pagi, siapkan assignment dekat set, masuk kelas online dekat studio dan macam-macam lagi," ujar penyanyi Wani Kayrie yang meluahkan rsa bangga apabila dia berjaya meneruskan kecemerlangannya dalam pelajaran bagi semester ini, meskipun belajar sambil bekerja bukan sesuatu yang mudah.

Wani, 21, yang kini pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Undang-Undang dan Perdagangan (Kepujian) di sebuah universiti swasta mengakui terpaksa berkorban masa tidurnya untuk menyiapkan tugasan.

Pemilik nama Syazwani Maisarah Abdullah ini turut berkongsi keputusan peperiksaannya yang cemerlang di semester lima di Instagram pada Ahad. Menerusi perkongsian tersebut, Wani berjaya mendapat markah A dalam empat mata pelajaran, dua B dan hanya satu subjek mendapat C.

Klik untuk gambar besar



Biarpun mendapat markah C untuk subjek perakaunan namun penyanyi lagu Jangan Terlepas Pandang ini tetap bersyukur dengan keputusan tersebut. Bagi Wani yang juga seorang pelakon ini, dia berbangga dengan dirinya yang bekerja keras menyiapkan segala tugasan biarpun jadual lakonannya padat.

"Alhamdulillah ya Allah atas keputusan ini. Walaupun finance dapat C (memang dari sekolah tak ada bakat ya kira-kira) sampailah sekarang, tapi saya bangga dengan diri sendiri untuk subject law core. Siang kerja, lepas itu sambung assignments sampai pagi, lepas itu esok bangun pagi shooting! The struggles. But, trust the process," katanya.

Sebelum ini, Wani pernah berkongsi keputusan peperiksaannya di semester tiga dan empat dan menegaskan perkongsian itu bukan mahu menunjuk-nunjuk.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: