24 March 2022

ISTERI ALIFF SYUKRI: "PUNCA POWERBANK... JANGAN PULA KATA SAYA GIMIK NAK BAKAR RUMAH BUAT CONTENT"



"Rumah saya terbakar... Ya Allah syukur la nasib perasan sbb ada bau asap..... rupanya2 punca dia dari power bank... korang hati2 ya kadang2 kita tak sangka benda kecil pun jadi punca.. jgn pula kata saya gimik nak bakar rumah buat content..... 🤣🤣🤣🤣👎🏻


"Bilik staff saya Idris yg terbakar... lepas ni power bank kalau tgh panas2 lepas charged jgn letak atas katil gaiss... Alhamdulillah kami semua selamat..... yg paling kecoh @aliffsyukriterlajaklaris..... api dah padam baru dia nak call bomba 😬

"Pemadam api ada tapi bila dah panik kita pun lupa rumah kita ada…ingat air je dlm kepala.....," itulah tulis isteri usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida yang menafikan kebakaran di rumahnya itu adalah gimik.

Shahida menceritakan detik cemas saat salah sebuah bilik di rumahnya terlibat dalam kebakaran malam tadi. Menurut Shahida, kebakaran yang berlaku di bilik salah seorang pekerjanya itu berpunca daripada 'powerbank' yang dikatakan terlampau panas lalu membakar tilam di bilik tersebut.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, ibu kepada lima orang itu meluahkan rasa syukur kerana kebakaran tersebut berjaya dikawal dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Tambahnya lagi, dia berharap agar semua pihak membuat andaian melulu dengan menyifatkan insiden tersebut sebagai konten semata-mata.

Video yang memaparkan detik mencemaskan yang turut mengejutkan seluruh penghuni rumah itu turut dikongsilan oleh Aliff Syukri menerusi akaun Instagram miliknya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa lega selain turut menasihati Shahida untuk memasang alat pemadam api di setiap bilik di rumahnya.



KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON:-

VIDEO YANG DIKONGSI ISTERI ALIFF SYUKRI 


 

VIDEO YANG DIKONGSI ALIFF SYUKRI


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: