24 March 2022

"RUMAH SAYA BAYAR, BARANG MENTAH DISEDIAKAN... TAKKAN SUAMI KENA BELAJAR MASAK" - PU RIZ KENA HENTAM



Nama suami kepada selebriti terkenal Noor Neelofa iaitu pendakwah bebas, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail hangat diperkatakan selepas tular sebuah video di Twitter baru-baru ini.


Menerusi video itu, PU Riz sedang sedang memberikan tip dan mengulas tentang isu rumah tangga. Namun, kenyataan PU Riz menimbulkan rasa kurang senang netizen.

"Rumah saya bayar, barang mentah saya sediakan, tapi kalau tak ada orang nak masak? Takkanlah saya pulak yang kena angkat beras, takkan saya pula kena belajar?" katanya.

Klik untuk gambar besar



Pengguna Twitter yang memuat naik video tersebut turut mempersoalkan mengenai kelayakan PU Riz sehingga dipanggil oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai salah seorang speaker.

Tidak kurang juga, ada netizen yang menghentam PU Riz itu yang didakwa tidak boleh bertolak ansur dengan isteri sendiri, tidak kurang juga ada yang mempersoalkan mengapa selebriti popular itu memilih pendakwah berkenaan sebagai suami.

Untuk makluman, PU Riz mendirikan rumah tangga dengan Neelofa pada 27 Mac tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: