Seorang penyanyi nasyid baru-baru ini dilaporkan telah ditahan di sebuah kondomonium di Kota Damansara, di Petaling Jaya, Selangor, pada petang Khamis, selepas disyaki terlibat dengan kes dadah.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid. Beliau turut memberitahu polis akan membuat sidang media bagi menjelaskan lebih terperinci tentang perkara itu.
"Saya sahkan suspek ditahan dan polis akan membuat sidang media dalam tempoh terdekat mengenai perincian lanjut penahanan itu," katanya pada Jumaat.
________________________

No comments:
Post a Comment