17 March 2022

ISTERI SHUK KONGSI VIDEO KELUAR DARI PEJABAT AGAMA - LELAKI DALAM KERETA TARIK PERHATIAN



Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Serra baru-baru ini ada memuat naik video memaparkan dirinya yang mengenakan jubah serba hitam keluar dari sebuah bangunan dipercayai pejabat agama. Serra kemudiannya dilihat masuk ke sebuah kereta sambil di tangannya memegang fail.


Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah kelibat seorang lelaki yang berada di tempat pemandu sekaligus menimbulkan tanda tanya siapa gerangan individu berkenaan.

Diruangan komen, ada netizen mendakwa individu berkenaan kelihatan seperti Shuk Sahar namun tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan tersebut.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat mungkin Serra dan Shuk sudah pun berbaik demi kepentingan anak-anak yang masih kecil.

Awal November tahun lalu, Serra mendedahkan sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan kini dalam proses untuk failkan cerai selepas lima tahun berdepan konflik rumah tangga.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: