25 March 2022

ISU 'ANGKAT BERAS' - PU RIZ TAMPIL JELASKAN SALAH FAHAM



"Video yang individu itu kongsikan tidak penuh... terpotong. Tapi mesejnya sampai dah," itulah jawab pendakwah bebas, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail yang tampil menjelaskan situasi sebenar, selepas dikecam gara-gara memberi tip rumahtangga membabitkan peranan suami dan isteri.


Kata PU Riz, 30, penularan rakaman pendek yang dipotong itu menyebabkan wujudnya salah faham tentang mesej sebenar yang cuba disampaikan. Suami kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa itu diminta mengulas mengenai video tular yang memperlihatkan dia berbicara mengenai isu rumahtangga.

Menerusi video berdurasi 36 saat itu, PU Riz dianggap tidak boleh bertolak ansur dalam urusan suami isteri: "Rumah saya bayar, barang mentah saya sediakan. Tapi kalau tak da orang masak, tak ada orang nak urus... takkan saya nak pergi angkat beras (cedok) bawa masuk dalam ni (periuk), saya pula nak kena belajar (memasak)," ujarnya dalam video itu.

Klik untuk gambar besar



Kenyataan itu menimbulkan kemarahan netizen yang mempersoalkan kelayakan Haris sehingga dipanggil oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai salah seorang penceramah.

"Atas sebab apa agensi kerajaan seperti KPWKM invite si Haris ni as one of speaker? Tiga minit pertama pun aku dah berbulu telinga dengar. Zaman sekarang semua kena give and take. Bukannya sebab kau lelaki, bini kena buat semua," tulis netizen tersebut.

Dalam pada itu, PU Riz turut menjelaskan maksud kenyataannya itu bahawa seorang isteri digalakkan memasak sekiranya mempunyai masa di rumah. Dalam pada itu, PU Riz juga menjelaskan seorang lelaki yang wajib menyediakan tempat tinggal sebagai persediaan untuk berkahwin.


"Ada di Twitter satu tulisan sebegitu... outcome daripada tulisan itu mengatakan Haris menyuruh isteri bawa beras ke dalam rumah. Sebenarnya bukan itu maksudnya... kalau didengar betul-betul dengan hati terbuka, maksudnya adalah supaya isteri itu dianjurkan untuk memasak. Bagi mereka yang bekerja dan urusan di luar, kalau tak sempat, tak jadi satu dosa atau masalah.

"Berbalik kepada video itu, apa yang disampaikan adalah pertamanya, kerana orang lelaki wajib menyediakan tempat tinggal. Orang lelaki yang mampu menyediakan tempat tinggal, tak kisah beli atau sewa, maka dia boleh berkahwin atau dianjurkan untuk berkahwin," katanya.

Untuk makluman, Haris mendirikan rumah tangga dengan Neelofa 27 Mac tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: