29 March 2022

"JADI BAPAK, JADI MAK!!!..." - RAMAI SEBAK LIHAT SHUIB HANTAR ANAK SEKOLAH, ADA JUGA TEGUR PASAL AURAT



"Jadi bapak, jadi mak!!! Anta anak skolah ke Ebbbb 😊 #PerShuibOfHappyness," demikian tulis pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu yang kini memegang tanggungjawab sebagai bapa dan juga ibu buat keempat-empat anaknya, selepas pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada Ogos tahun lalu.


Shuib menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik video dia sedang menghantar anak-anaknya ke sekolah pada hari pertama. Melihat video tersebut, Shuib menghantar anak perempuannya Dzahira Talita Zahra dan anak ketiganya, Ariq Matin. Shuib sempat memeluk anak-anaknya sebelum mereka masuk ke kelas.

Perkongsian Shuib menjadi perhatian ramai dimana rata-rata netizen meluahkan rasa sebak serta mendoakan agar urusan Shuib dipermudahkan serta sentiasa kuat demi anak-anaknya. Turut menarik perhatian kapsyen yang ditulis oleh Shuib pada perkongsian video itu yang membuatkan netizen tersentuh.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang menegur aurat pelawak ini, selain turut mendoakan agar anak-anak Shuib dan arwah Sarah menjadi pelajar cemerlang dan akan berbakti kepada bapa mereka.

Klik untuk gambar besar



KLIK VIDEO DIBAWAH UNTUK TONTON







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: