20 March 2022

NETIZEN KECEWA 'KU IKHLASKAN' BELUM DITAYANGKAN, INI JELAS VIDA - JANNA NICK DITUDUH TAK IKHLAS?



"MAAF SEMUA, MV KU IKHLASKAN TIDAK DAPAT DITAYANGKAN PADA PUKUL 5 PM KERANA TERDAPAT SEDIKIT MASALAH TEKNIKAL 🙏🏻. OFFICIAL MV AKAN DITAYANG SELEPAS KONSERT BIG STAGE MALAM INI 👏🏻," itulah kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida menerusi laman Instagram miliknya mengenai video muzik (MV) single terbaharunya berjudul 'Ku Ikhlaskan'.


Ramai yang meluahkan rasa kecewa apabila MV 'Ku Ikhlaskan' sehingga kini masih belum ditayangkan di Youtube seperti yang dijanjikan iiatu pada pukul 5 petang tadi.

Selain itu, Vida kerap menerima kritikan selepas beberapa kali memuat naik klip-klip belang tabir bagi MV 'Ku Ikhlaskan'. Tidak hanya dikritik kerana keberaniannya untuk terus meluncurkan single, malah nama Vida turut kerap menjadi bahan mulut netizen selepas cuba melaram baju-baju yang belum pernah digayakannya.

Klik untuk gambar besar



Hal ini turut menyebabkan orang ramai menyamaikan effort Vida sebagai percubaan untuk meniru gaya unik penyanyi Aina Abdul tetapi tidak menjadi. Tidak kurang baru-baru ini, penampilan Vida dalam salah satu babak video muziknya turut disamakan hantu badut Pennywise yang popular menerusi filem 'It'.

Dalam pada itu, Vida berkongsi satu babak berbeza yang dipetik daripada video muziknya. Menerusi perkongsian babak berkenaan, Vida berkata dia berdebar menantikan karya terbaharunya untuk ditonton peminat.

Di ruangan komen, pelakon, pengacara dan juga penyanyi Janna Nick turut meninggalkan respons ringkas berbunyi: "Power dato'!", tulisnya.



Begitupun, komen Janna seperti disalah ertikan oleh netizen. Ada yang mempertikaikan keikhlasan Janna dan ada juga yang mendakwa komen tersebut seperti dibuat-buat.

Begitupun, Vida tidak mempedulikan kata-kata negatif netizen sebaliknya mengucapkan terima kasih denganmemberikan balasan kepada komen Janna Nick.

"Thank you sayang. Moga siapa yang tengok nanti akan dapat mesej yang tersurat dan tersirat. Fahami semuanya. Purpose lagu ni actually goes to CSR... Ku Ikhlaskan," kongsinya.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: