20 March 2022

"KES BELUM SELESAI & MASIH LAGI DALAM SIASATAN POLIS" - ANDI BERNADEE



"Setakat ini, kes tersebut belum selesai dan masih lagi dalam siasatan polis. Buat masa ini, saya sudah pun melantik peguam. Peguam saya telah kendalikan kes saya tu dari mula sehingga sekarang, jadi kita tunggu sahaja apa kata peguam saya nanti.


"Buat masa ini, masih belum mula kes perbicaraan makhamah pun lagi," demikianlah kata penyanyi dan pelakon Andi Bernadee memberitahu kes dakwaan terhadap rakan baik yang juga merangkap pembantu peribadinya sebelum ini masih lagi belum selesai buat masa ini.

Menurut Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, kes tersebut masih lagi dalam proses siasatan dan dia menyerahkan segala kepada pihak berkuasa.

Klik untuk gambar besar



Penyanyi berusia 30 tahun ini menjelaskan, rentetan situasi yang berlaku, ia sekaligus membuatkan diirinya kini lebih berwaspada dan berhati-hati untuk mengenali orang baru disekelilingnya. Namun begitu, bintang kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini tidak mahu bersikap sedemikian dengan semua orang.

"Kini saya lebih berwaspada, kalau kenal orang tu kena mengenali betul-betul dan saya pun sebelum ni dah melalui situasi yang boleh kata pahit bagi diri saya.

"Tapi saya tidak lah akan bersikap begitu dengan semua orang sebab bagi saya personaliti setiap orang itu berbeza. Jadi saya tidak boleh lah nak pukul rata dengan semua orang tapi sekurang-kurangnya saya lebih berwaspada lah selepas ini," ujarnya lagi.



Terdahulu, pada 25 Ogos tahun lalu, media melaporkan penyanyi berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur selepas mendakwa ditipu rakan baik yang juga pembantu peribadinya sehingga melibatkan kerugian sebanyak RM70,000.

Dalam perkembangan lain, Andi kini muncul dengan lagu single terbaru berjudul 'Du' dan telah mula dilancarkan pada 11 Mac lalu. Andi berkata, 'Du' adalah singkatan daripada perkataan rin-Du yang menjadi signifikasi kepada 'kerinduan yang berbalas' diangkat menjadi tema lagu ini.

"Asalnya, saya bercadang nak guna judul Du Du Du tetapi dah ada yang menggunakannya terlebih dulu. Jadi nak elak kekeliruan, kami pilih Du. Selain itu, lagu ini juga adalah hadiah istimewa buat peminat-peminat saya yang sudah lama merindukan buah tangan terbaru dari saya," kongsinya lagi.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: