20 March 2022

NIZAM LAKSAMANA: "PERKARA BAIK TAK DITULARKAN, TAK BAIK DIVIRUSKAN" - ZUL YAHYA: "MACAM DAH TAK ADA OTAK"



Penyanyi Nizam Laksamana meluahkan kekecewaannya, berikutan tumpuan pelbagai pihak terhadap isu panas yang lebih diberi perhatian berbanding program berbentuk amal yang dianjurkan olehnya yang terpinggir dari perhatian dan publisiti.


"Industri perlu ditegur sebenarnya. Perkara baik nak dibuat tak ditularkan. Sebaliknya yang tak baik diviruskan, makin popular, makin hebat, makin laku. Mana ada adilnya industri kalau begini. Saya muak baca di Facebook kisah berkenaan orang biasa yang buat perkara mengarut, menyakitkan hati sumpah seranah orang yang dapat liputan.

"Kemudian dijemput pula untuk program TV konon untuk tazkirah. Bukan itu caranya kerana ini memberi ruang lagi buatnya. Bila buat salah minta maaf. Kalau begitu, saya buat salah esok dan kemudian minta maaf, agaknya lagi popular jadinya," katanya.

Menurutnya, perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam industri seni tanah air. Tambah Nizam, selepas tular di media sosial dan dihentam, video itu kemudian dipadam. Namun risikonya akan terpalit kepada pemain industri.

"Banyak kisah sebelum ini yang berlaku. Yang tak boleh menyanyi pun nak menyanyi. Saya sudah tak faham dengan keadaan kebelakangan ini. Begitu juga berkenaan Zul Ariffin. Sepatutnya sebagai lelaki dan seorang yang beragama Islam, tahu batas dan hukum tak perlu buat babak ini.

"Janganlah kerana dalam skrip begitu, diarahkan oleh pengarah begitu, kita rela buat. Untuk apa sebenarnya? Patutnya tak boleh begitu. Rosak industri dan masyarakat akan lebih sinis kepada penggiat seni. Takkanlah sampai begitu sekali nak melariskan produk mereka.

"Itu sebabnya orang pandang remeh dan meluat apabila artis susah. Orang akan hentam lagi. Sebab terkait dengan perkara ini. Seorang buat, semua akan terpalit. Zaman Tok Mat (Tan Sri Mohamed Rahmat) jadi Menteri Penerangan dahulu, perkara begini dia akan ambil tindakan cepat.

Klik untuk gambar besar



"Lirik tak betul kena gam, pelakon tak betul kena gam tak boleh berlakon. Penyanyi hisap dadah pun tak boleh keluar di TV. Sekarang sudah tiada yang memantau semua ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Nizam mengakui dia bukanlah sesiapa untuk bercakap tetapi melakukannya atas kapasiti manusia dan orang tua: "Rasanya dunia hiburan makin teruk sekarang. Setiap saya keluarkan info berkenaan Showcase Amal Keluarga Malaysia - Artis Legenda 3.0, Jun ini di Facebook tapi tiada sesiapa pun hebohkan. Malah tiada pun pihak stesen TV panggil untuk tolong promosikan.

"Memang amat kecewa kerana mereka pandang nama dan yang boleh menaikkan rating mereka. Begitu juga persatuan artis seperti Seniman dan Papita pun senyap tak nak bantu. Tapi saya tak berharap kerana saya bukan sesiapa dalam industri. Saya bukan orang hebat atau nama besar pun," katanya yang tidak kisah orang mengata apa terhadapnya apabila menyuarakan perkara ini.

Sementara itu, bekas pelakon Zul Yahya tampil memberikan pendapatnya dipercayai mengenai isu babak panas Zul Ariffin bersama seorang pelakon baru, Siti Hariesa turut mendapat perhatian .

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Zul berkata karya sedemikian memalukan drama tempatan dan pihak yang terlibat seolah tiada otak mempertontonkan babak sedemikian pada masyarakat Islam.

Dalam perkongsian lain, Zul berkata sepatutnya semakin tua sepatutnya mendekatkan diri dengan Allah bukan semakin bangga menunjukkan cara-cara berzina.

Dalam masa sama, Zul turut meminta kepada orang ramai supaya memadam dan berhenti menyebarkan babak lucah lakonan Zul Ariffin itu. Ujarnya lagi, jika ada yang berkongsikan video tersebut secara tidak langsung telah mempromosikan adegan zina.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: