21 March 2022

KES KAK LONG - POLIS TERENGGANU SEDIA BANTU SELANGOR SIASAT



"(Polis) Selangor sudah melakukan siasatan kes berkenaan (Kak Long), jadi biarlah Selangor (polis) yang siasat. Walaupun Terengganu menerima laporan berhubung kes berkenaan, kita tidak mahu ada pertindihan dalam siasatan, biarlah Selangor yang meneruskan siasatan, kalau perlu bantuan, kita akan bantu," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar.


Polis Terengganu menyerahkan siasatan terhadap Wan Noor Baizura atau lebih popular dengan gelaran Kak Long Dungun kepada polis Selangor dan akan memberikan bantuan sewajarnya sekiranya diperlukan.

Mohd Marzukhi berkata, sehingga kini pihaknya belum dihubungi polis Selangor bagi mendapatkan bantuan. Beliau berkata, siasatan berhubung kes itu diserahkan kepada polis Selangor memandangkan pihak berkenaan sudah membuka kertas siasatan.

Menurutnya, ia susulan laporan daripada seorang individu yang tidak puas hati dan berasa terhina dengan tindakan wanita terbabit membuat mimik muka seolah-olah memperlekehkan orang kurang upaya (OKU) menerusi satu hantaran video yang tersebar di laman sosial.

Klik untuk gambar besar



Video berdurasi 31 saat itu menyebabkan Kak Long sekali lagi menerima kecaman hebat netizen selepas rakaman video perbuatan kecohnya di sebuah kedai serbaneka 24 jam tersebar di laman sosial sebelum itu.

Selain daripada laporan individu berusia 42 tahun yang juga OKU fizikal dari Taman Puchong Utama, Puchong, Selangor, laporan sama turut dibuat Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (POKUAT) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Terengganu, Selasa lalu.

Menerusi laporan itu, POKUAT berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat akaun media sosial wanita terbabit.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: