21 March 2022

ISU BABAK PANAS: JAKIM PANGGIL PELAKON & PRODUKSI - ZUL ARIFFIN TAMPIL MOHON MAAF



"Cuma dari sudut panduan agama (Islam) budaya seperti itu tidak sepatutnya dibawa masuk ke negara ini yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan budaya timur," itulah ujar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.


Beliau memaklumkan pihaknya juga akan bertemu dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bagi berbincang dengan lebih lanjut berhubung sedutan babak panas yang dilakonkan oleh Zul Ariffin dan pelakon baru, Siti Hariesa yang mengundang kecaman ramai.

Datuk Ahmad Marzuk berkata adegan 'panas' itu jelas bercanggah dengan tuntutan agama dan budaya hidup masyarakat di negara ini. Tambahnya lagi, warga industri drama dan filem serta hiburan di negara ini perlu sentiasa peka dengan perkara berkenaan.

Sejak Jumaat lalu, hangat diperkatakan mengenai babak panas dalam drama 'Perempuan Itu' selepas dimuat naik Zul Ariffin di laman Instagram miliknya.

Memetik laporan Sinar Harian, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil produksi drama 'Perempuan Itu' termasuk dua pelakon tersebut.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Zul Ariffin menerusi satu perkongsian di Insta Story, tampil memohon maaf secara terbuka selepas beberapa hari berdiam diri.

Dalam entri tersebut, Zul memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan perbuatannya yang memuat naik sedutan babak panas drama 'Perempuan Itu'.

Menurut Zul lagi, selepas ini dia akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang perkongsian di media sosial di masa akan datang.

"Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan daripada tindakan memuat naik video berkenaa. Selepas ini saya akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan di media sosial," tulisnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: