04 March 2022

LAGU 'GATAL' RAIH 1.5 JUTA VIDEO DI TIKTOK - JANNA NICK LUAH SYUKUR, AKUI TAK JANGKA



Pelakon dan pengacara Janna Nick meluahkan rasa syukur dan tidak jangka kempen digital lagu 'Gatal' nyanyiannya berjaya meraih 1.5 juta video di aplikasi TikTok membabitkan beberapa negara jiran seperti Indonesia, Vietnam, Thailand, Filipina dan Kemboja.


Ia sekali gus menjadikan 'Gatal' lagu tempatan pertama yang meraih pembuatan video melebihi 1 juta di aplikasi itu selain berjaya menarik perhatian pengguna aplikasi itu sehingga ke benua Eropah Timur iaitu Rusia.

Janna yang juga seorang pengarah itu berkata, dia tidak menjangka sambutan yang sangat menggalakkan terhadap lagu 'Gatal' terutama di platform media sosial.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi gunakan lagu saya di platform mereka. Saya pun tak jangka lagu 'Gatal' ini mendapat sambutan seperti ini. Alhamdulillah, saya hargai sangat-sangat. Terima kasih juga kepada pencipta lagu ini, Aepul Roza dan Warner Music Malaysia atas kerjasama ini," katanya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Pengarah A&R dan Pemasaran Warner Music Malaysia, Raqeem Brian berkata, kempen digital itu adalah satu daripada strategi pemasaran untuk lagu terbaru berkenaan.

"Selepas empat tahun menyepi dari dunia muzik tanah air, single terbaharu Janna Nick ini berjaya mendominasi Carta Muzik Tempatan dan Global TikTok hanya dalam jangka masa tiga minggu selepas video muzik rasmi dilancarkan," ujarnya.

'Gatal' adalah ciptaan sepenuhnya oleh Aepul Roza dan sudah dilancarkan sejak 28 Januari lalu manakala muzik video dilancarkan pada 9 Februari lalu di YouTube Janna Nick. Lagu ini juga adalah kerjasama yang pertama antara Janna dengan Warner Music Malaysia.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: