21 March 2022

"LAGU & MV INI SEBAGAI SAHAM AKHIRAT SAYA..." - VIDA AJAK ORANG RAMAI TURUT SERTA



"Lagu dan MV ini sebagai saham akhirat saya dalam menyiapkan pusat tahfiz selain ingin menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Ditambah pula kita tidak lama lagi bakal menyambut Ramadan, jadi saya kira ini peluang untuk kita menambah dan mendapatkan pahala berganda sekali gus diberkati Allah SWT.


"Selepas menghayati lagu dan menonton MV ini, besar harapan saya agar orang ramai, peminat dan sesiapa saja dapat menderma supaya tercapai segera hasrat saham ilmu dan amal kebajikan ini," demikian tutur usahawan kosmetik Datuk Seri Vida, 51, yang mahu mengajak orang ramai dan peminat untuk sama-sama mengumpul saham akhirat.

Kata Vida, penghasilan single dan video muzik (MV) lagu barunya 'Ku Ikhlaskan' adalah satu usahanya untuk mengumpul dana bagi menyiapkan pusat tahfiz miliknya iaitu Pusat Tahfiz & Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh, Perak.

Lagu dan MV 'Ku Ikhlaskan' yang dilancarkan di saluran YouTube DSV Entertainment jam 3 pagi, hari ini, sudah mencecah lebih 715,000 tontonan.

Menurut Vida Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, lagu ciptaan Amy Ukays bersamanya dan lirik tulisannya itu bukan sekadar luahan kisah peribadi, tetapi sarat dengan emosi duka lara yang dialaminya.

Klik untuk gambar besar



"Dalam lagu ini saya mahu menyampaikan keperitan, kehilangan, kecaman bertubi-tubi yang saya hadapi selama ini. Bayangkan selama ini sekecil perkara membabitkan diri saya diambil kira dan diperbesarkan hingga tular malah ada yang mencetuskan kontroversi. Pendek kata, sebesar hama pun diambil kira," jelasnya.

Lagu 'Ku Ikhlaskan' yang diedarkan oleh syarikat rakaman 17 Eleven Music menjalani proses rakaman selama 10 hari.

MV yang mendapat sentuhan pengarah Kel Wen itu menelan kos RM400,000 dan menjalani penggambaran selama lima hari di sekitar Kuala Lumpur dan Genting Highlands.

Bagi yang ingin membantu, sumbangan boleh dibuat ke nombor akaun 5080 2100 2954 (Maybank) atas nama DARUL TAHFIZ DS VIDA.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: