21 March 2022

"KONSERT INI AKAN DITUJUKAN KHAS KEPADA ALI XPDC... TERUS SOKONG & DOAKAN ALI SEGERA SEMBUH"



"Konsert ini akan ditujukan khas kepada Ali XPDC sebagai tanda sokongan dan solidariti bersama di dalam mengharungi cabaran serta dugaan yang sedang dihadapinya.


"Konsert ini akan dibarisi sahabat-sahabat artis seperti Yabang, Aweera, Muss dan Chi Dr Kronik bagi menggantikan Ali selaku penyanyi utama XPDC dalam menyampaikan lagu-lagu popular XPDC sebagai tribute untuknya," kata penganjur sinio.com dan Warisan Hall Studio.

Jelasnya, memandangkan keadaan kesihatan Ali yang tidak mengizinkan, mereka menjenamakan semula konsert berkenaan kepada Konsert Jualan Hitam XPDC 2022 - Tribute Untuk Ali.

Konsert Jualan Hitam XPDC 2022 yang sepatutnya berlangsung pada 12 Mac lalu di Warisan Hall Studio, Sijangkang kini ditetapkan kepada tarikh 25 Mac atau Jumaat ini, jam 9 malam.

Menurutnya lagi, mereka mensasarkan jualan sebanyak 10,000 unit tiket dalam talian bagi konsert ini dan sebahagian daripada hasil jualan tiket itu akan disumbangkan terus kepada Ali.

Mereka dan anggota XPDC juga mengajak seluruh sahabat dan peminat untuk terus menyokong dan mendoakan Ali supaya segera pulih.

Tiket Konsert Jualan Hitam 2022 XPDC boleh didapati di laman web sinio.com dengan harga RM18. Menerusi Facebook Official XPDC, Ali akan dibenarkan keluar dari Hospital Ampang hari ini dan akan meneruskan rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras, di sini.

Ali juga sempat mengadakan panggilan video bersama anggota XPDC dan juga Muss semasa sesi latihan di studio petang semalam dan percakapannya juga semakin jelas.

Terdahulu, Ali dikejarkan ke Hospital Ampang apabila tiba-tiba didapati tidak bermaya ketika mahu makan selepas selesai berlatih di studio milik pemain bass XPDC, Eddie di Pandan Indah sebagai persiapan untuk Konsert Jualan Hitam 2022.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: