21 March 2022

NETIZEN PELIK ORANG MALAYSIA PUNYA BOIKOT, TAPI 'FOLLOWERS' PELAKON AKSI PANAS NAIK 9K SAMPAI 20K



"Semalam followers 9k harini dah 20k. Orang Malaysia punya cancel atau boikot ni korang jangan percaya, kisah dongeng je," tulis seorang pengguna Twitter yang memaklumkan bahawa pengikut di laman sosial pelakon aksi panas naik mendadak.


"Tula aku tak faham kenapa nak pergi follow, macam terbalik kat Malaysia punya boikot," balas seorang lagi pengguna Twitter.

Rata-rata netizen turut bersetuju dan menganggap perkara sebegitu sering dilakukan oleh rakyat Malaysia.

Baru-baru ini kecoh di rata-rata media sosial isu babak aksi panas dalam drama yang bakal ditayang pada bulan Ramadan bertajuk 'Perempuan Itu' telah mendapat kecaman teruk oleh orang ramai.

Klik untuk gambar besar



Menerusi satu ciapan yang tular di laman Twitter, seorang pengguna telah berkongsi sebab-sebab mengapa rakyat Malaysia sepatutnya 'boikot' atau 'cancel' drama berkenaan.

Menurutnya, drama itu akan disiarkan pada bulan Ramadhan yang merupakan bulan paling suci bagi umat Islam dan ianya tidak sesuai untuk menjadi tontonan untuk orang Islam.

Jelasnya lagi, pelakon-pelakon yang melakonkan babak berkenaan juga merupakan orang beragama Islam dan mereka melakukan adegan tidak senonoh dan dilarang dalam Islam.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: