22 March 2022

ALMY NADIA & ANAK SULUNG PULA POSITIF C0V1D: "MAAFKAN MAMA... ANAK-ANAK MAMA TAK DAPAT PERGI SEKOLAH"



"Maafkan mama wahai anak-anak mama.. 2 tahun mama jaga.. mama jaga SOP sangat la ketat.. tapi akhirnya tumbang," demikianlah tulis pelakon Datin Almy Nadia, 36, apabila dia bersama anak sulungnya, Nur Afrina Arianna, 5, disahkan positif C0V1D, hari ini.


"Mama dah start sakit dari hari Jumaat lagi tapi buat test saliva 3 kali negetif, pagi ni buat test saliva terus positif 😭😭😭😭. Tak ada kata-kata selagi mama 😭😭😭😭😭😭😭. Maafkan mama sebab mama anak-anak mama tak dapat join pergi school, malam tadi Nana (anak sulung) tiba-tiba batuk and selsema.

"Pagi ni buat test positif jugak.. jadi kul 6:30am papa dah buat test saliva dekat Yeye, Yayang, Baby Aisyah semua negetif.. Syukur Alhamdulillah.. just nak double conform terus call @kai_kaklong untuk uruskan team @kumpulan_megaklinik_zahran datang rumah buat RTK and PCR untuk kami semua..

"Terima kasih Kak Long @kai_kaklong, Abg Long @nafidzrazak... terima kasih @kumpulan_megaklinik_zahran permudahkan segala urusan kami.. turn my love @fizzfairuzofficial pulak jaga kami yang positif.. maafkan mama sayang..😭😭😭😭😭😭," tulisnya lagi yang tiada kata-kata yang mampu diungkapkan selain menangis.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, suami Almy yang juga pelakon iaitu pelakon Datuk Fizz Fairuz menerusi laman Instagram memohon semua mendoakan kesembuhan buat isteri dan anak sulungnya itu.

"Ini namanya rezeki Allah nak bagi,kita kena terima.. 1st day kakak nak school, dia kena.. hhhmm.. takpe kakak, sekolah tak lari kemana k.. mingu depan kakak masuk k..

"Mohon doa semua, Almy and Nana cepat sembuh.. Yeye and Yayang still negatif, tapi demam pulak.. adoiii.. takpe, papa kuat boleh handle 2 in 1 now.. papa still kebal, sebab baru 3 minggu positif hahahaha..," katanya.

Terdahulu, bulan lalu, suami Almy Nadia disahkan positif virus itu selepas enam hari menjadi kontak rapat.













         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: