22 March 2022

"PELAKON ZUL ARIFFIN AKAN DISIASAT..." - ANNUAR MUSA



"Proses undang undang berjalan. Pelakon Zul Arifin akan di siasat di bawah Seksyen 233 Akta KMM (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998) kerana 'posting' Instagram yang menyalahi undang undang. Jagalah nilai dan budaya," itulah kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa melalui Twitter, pagi, hari ini.


Menerusi kenyataan tersebut, pelakon Zul Ariffin akan disiasat di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia (KMM) 1998 berikutan perkongsian videAnnuar Muda berkata o babak panas yang tular membabitkan dia dengan pelakon baru, Siti Hariesa, baru-baru ini.

Dalam hantaran sama, Annuar berkata, adegan seperti yang dipaparkan itu tidak akan dibenarkan untuk tayangan sama ada di bulan Ramadan atau bulan yang lain.

Semalam, Zul tampil membuat permohonan maaf di Instagram Story. Zul yang juga pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 menerusi filem Sangkar itu berkata, selepas ini dia akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepadanya untuk dipromosikan di media sosial.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menentang keras isu penularan video berkenaan. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, berdasarkan penelitian, pihaknya membantah penyiaran program seumpama itu yang jelas mempamerkan perbuatan dilarang Islam dengan aksi dan adegan tidak bermoral melampaui batas serta bertentangan dengan norma masyarakat dan hukum syarak.

Menurutnya, drama seumpama itu tidak wajar disiarkan apatah lagi ketika Ramadan: "Jakim menggesa semua pihak sama ada stesen penyiaran, penerbit, penulis skrip dan pelakon lebih cakna dan mengelakkan isu seumpama ini kerana ia menyerap masuk ke dalam jiwa masyarakat khususnya golongan remaja dengan budaya dan norma yang bersalahan dengan ajaran Islam dan amalan murni masyarakat Malaysia," ujarnya.

Terdahulu, Zul mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video di Instagram memaparkan beberapa babak panas bersama Siti Hariesa dalam drama terbaharu lakonannya berjudul 'Perempuan Itu', baru-baru ini.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: