22 March 2022

"SUSAHNYA NAK DAPAT AWAK NI..." - ELIZAD BERUSAHA KALI KEDUA RAWATAN IVF



Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Siti Elizad telah memuat naik video dimana dia kini kembali menjalani rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) buat kali kedua di lokasi sebelum ini untuk mendapatkan cahaya mata, selepas setahun berehat.


Menurut Elizad, dia menjalani rawatan berkenaan di lokasi sebelum ini, selain turut membawa harapan yang sama serta mendoakan agar rawatan kedua ini dipermudahkan.

"Susahnya nak dapat awak ni πŸ‘ΌπŸ». Tempat yg sama, harapan yg sama. Inshaallah soon, journey ke2. 🀲🏻 Sedang memilih bulan yg sesuai & x busy. Check dinding rahim dulu pagi ni. Terima kasih Doctor @dr.azlin @sophea_fertility. #ttcsquad 🀍," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam video dikongsikan itu turut memaparkan Elizad melakukan pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT scan) serta mendengar perbincangan doktor demi memastikan rawatan berkenaan berjaya dengan izinNya.

Perkongsian Elizad itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan pengikutnya yang mendoakan agar urusan rawatan IVF itu dipermudahkan serta segera dikurniakan zuriat.

Terdahulu, Elizad menjalani rawatan IVF bagaimanapun keguguran selepas beberapa hari disahkan hamil pada November 2020.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: