22 March 2022

BILA 'SAHAM AKHIRAT' VIDA DIPERSOAL: "GUNAKAN SENTIMEN AGAMA UNTUK TUJUAN PERIBADI..."



"Serba salah nak tegur sebab kami berkawan di IG tapi saya kena juga cakap. Saya tak pernah ambil kisah isu dia dengan Iqbal atau dia nak jaja kisah hidup. Saya tak ada masalah dengan MV dia. Tapi apabila dia gunakan sentimen agama untuk tujuan peribadi, saya kena tegur sebab jelas sangat macam menunggang agama.


"Nak jual kisah hidup... nak habiskan RM400,000 untuk MV, itu hak dia tapi jangan menggunakan sentimen agama... tak baik," kata pengarah Shahrulezad Mohameddin yang rasa kurang dengan tindakan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang mengajak orang ramai mengumpul saham akhirat dengan menonton video muzik (MV) lagu terbaharunya berjudul 'Ku Ikhlaskan'.

Sharulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat berkata dia terpaksa memberi teguran kerana menganggap Vida menggunakan sentimen agama bagi tujuan peribadi.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, Shahrulezad menerusi Instagram miliknya turut memohon agar Vida berhenti menggunakan agama hanya untuk melariskan MV lagu terbaharunya itu.

Shahrulezad mempertikaikan niat Vida yang mahu mengumpul dana bagi menyiapkan Pusat Tahfiz & Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh, Perak dengan mengajak orang menonton MV berkenaan.

Menerusi laporan mStar pada Isnin, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman mengajak orang ramai dan peminat untuk sama-sama mengumpul saham akhirat.



Dalam pada itu, pengarah drama bersiri 'Nur' ini juga mencadangkan agar Vida bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk kerja amal tanpa melibatkan kepentingan peribadi.

"Saya tak nak bergaduh dengan sesiapa atau DSV. Tapi seseorang kena beritahu dia, apa yang dia buat itu salah. Tak salah nak ajak orang buat amal waktu bulan Ramadan. Tapi lebih manis, kalau dia buat kempen dana bantu anak yatim atau golongan asnaf itu tanpa melibatkan MV atau kepentingan peribadi.

"Mungkin dia boleh bekerjasama dengan NGO atau dia mulakan tabung dana dengan letak RM100,000 dan ajak peminat serta followers untuk menyumbang sekali. Dia boleh keluarkan RM400,000 untuk MV, jadi apa salahnya keluarkan duit sikit untuk buka tabung lain yang tiada kena mengena dengan MV itu," ujarnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: