22 March 2022

KONGSI TIPS PUJUK ISTERI UNTUK TAMBAH ANAK - DR SHEIKH MUSZAPHAR TERIMA KRITIKAN, TIADA RASA SIMPATI



Angkasawan negara dan personaliti media sosial, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar baru-baru ini ada memuat naik satu entri dimana dia berkongsikan tips untuk meyakinkan isteri untuk menambah cahaya mata yang ramai.


Dalam pada itu, Dr. Sheikh Muszaphar berkata beliau sukakan keluarga yang besar dan mahu mengembangkan lagi keluarganya jika diberi rezeki.

Bagaimanapun, perkongsian tips tersebut nampaknya menerima kritikan apabila di Twitter ada segelintir netizen tidak bersetuju dengan tips diberikan serta merasakan suami sepatutnya menghormati keputusan isteri jika tidak mahu melahirkan cahaya mata lagi.

Klik untuk gambar besar



Malah, ada yang mengkritik dengan mendakwa anak-anak bukan insurans buat hari tua ibu bapa dan mereka tidak minta dilahirkan untuk berhutang budi.

Namun, ada yang mempertahankan angkasawan itu dengan mengatakan setiap orang berbeza daripada kemampuan mereka dan jika mampu tiada salahnya jika mahukan cahaya mata lagi.

Untuk makluman, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah, serta sepasang kembar, Eusoff dan Emilia.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: