21 March 2022

RUHAINIES HARAP PERMOHONAN MAAF ZUL ARIFFIN DITERIMA: "BUKAN NAK 'BACK UP'... SALAH TETAP SALAH"



"Zul sendiri sudah pun memohon maaf atas apa yang berlaku. Bukan bermaksud nak 'back up' kerana yang salah tetap salah. Cuma setiap manusia pasti tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Harap semua dapat memaafkan dia. Saya percaya, Zul akan lebih berhati-hati dan fikir panjang untuk menerima mana-mana tawaran selepas ini.


"Lebih baik untuk kita sebarkan apa yang positif dan ambil iktibar daripada apa yang telah berlaku," itulah kata pelakon Ruhainies yang menyifatkan permohonan maaf daripada pelakon Zul Ariffin merupakan jalan terbaik untuk menjernihkan keadaan, susulan video 'teaser' babak panas dalam drama 'Perempuan Itu' yang tular baru-baru ini.

Menegaskan tidak bermaksud untuk pertahankan aktor tersebut kerana baginya apa yang berlaku tetap satu kesalahan, Ruhainies beranggapan bahawa tidak adil sekiranya hanya menuding kesilapan kepada satu pihak saja.

Klik untuk gambar besar



Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata sebagai rakan selebriti yang rapat, Zul seorang pelakon profesional dan sudah pasti dia mendapat pengajaran daripada isu berkenaan.

"Sebagai antara rakan artis yang rapat, saya tak mahu komen lebih-lebih. Sebab bimbang nanti ia akan disalahertikan. Cuma tidak dinafikan, saya antara yang ditanya media dan peminat mengenai isu berkenaan.

"Apa pun, orang di luar sana boleh bercakap macam-macam. Siapa yang mengenali Zul secara dekat, pasti tahu dia bagaimana orangnya. Di luar set (lakonan) dia bukanlah seperti apa yang digambarkan sesetengah pihak.


"Dia juga sahabat yang sangat baik dan tidak lokek berkongsi ilmu dalam bidang lakonan. Dia juga melayan baik semua orang. Jadi, ini pun salah satu sebab saya senang berkawan dengan Zul," ujarnya.

Pada Isnin, Zul Ariffin akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagram selepas teruk dikecam gara-gara membangkitkan kemarahan ramai dengan klip aksi panas tersebut. Zul, 35, berkata, dia akan lebih berhati-hati memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepadanya untuk tujuan promosi.

Untuk makluman, hubungan Ruhainies dan Zul dilihat semakin rapat selepas bergandingan menerusi drama bersiri berjudul 'Wifi Sebelah Rumah' yang bersiaran di Disney+ HotStar dan Akasia di TV3 pada Jun tahun lalu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: