02 March 2022

NAFIEZ ZAIDI NAFI SEBILIK DENGAN KEKASIH, FIFY AZMI DI PULAU PERHENTIAN



"Tak hairanlah mereka akan tuduh kami buat benda tak elok. Alhamdulillah, kami jaga kelakuan dan jaga batasan sebagai umat Islam. Lagipun ia bukan di luar negara. Semua yang bekerja di resort itu adalah orang Islam. Takkanlah kami nak pergi duduk berdua-duaan begitu.


"Kami pun datang dalam bot yang sama dengan keluarga Melayu dan mereka pun kenal kami. Biarlah netizen nak cakap apapun. Yang penting hanya kami berdua tahu perkara sebenar.

"Keluarga kami pun tahu kami ada di sana," kata pelakon Nafiez Zaidi berhubung tuduhan netizen yang mendakwa dia dan kekasih yang pelakon, Fify Azmi melakukan perkara tidak elok, malah dikatakan tinggal sebilik apabila berkunjung ke Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.

Menurut Nafiez, dia sudah menjangkakan kecaman tersebut. Kata Nafiez lagi, netizen boleh menuduh apa sahaja kerana mereka tidak nampak apa yang berlaku di sana. Ujarnya, mereka tidak melakukan sesuatu di luar batas seperti yang didakwa.

Klik untuk gambar besar



"Ditambah kami adalah pasangan kekasih dan ia makin menguatkan dakwaan itu. Bagaimanapun, kami ke sana atas undangan kerja dan bukannya suka-suka. Betul, perkara ini akan timbulkan fitnah apabila kami buat hantaran begitu di media sosial. Namun, kami cuma nak kongsi keadaan sebenar yang berlaku ketika di sana," ujarnya lagi.

Nafiez dan Fify pergi ke pulau peranginan itu pada 24 Februari lalu atas jemputan resort di situ bertujuan untuk kerja-kerja ulasan di situ. Bagaimanapun, cuaca buruk dengan hujan lebat serta angin kuat dan laut bergelora menyebabkan mereka terperangkap di sana.

Sementara itu, Nafiez atau nama sebenarnya Abdul Nafis Abduzaidi, memaklumkan mereka berjaya berjaya keluar dari pulau itu pada 27 Februari lalu sekitar jam 10 pagi dengan bot yang disediakan dan tiba di Lumut pada jam 10 malam.

"Dari Terengganu saya terus ke Lumut, Perak untuk menjalani penggambaran drama Air Mata Di Bumi Matador. Saya sepatutnya tinggalkan Fify di Kuala Lumpur tapi produksi meminta saya terus ke sana supaya saya dapat sampai awal dan berehat untuk penggambaran hari ini (27 Februari)," jelasnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: