16 March 2022

NUBHAN ADAKAN AQIQAH & DOA SELAMAT 'AFZAN NAYILLE' SEBELUM TUNAI UMRAH



Selepas genap usia dua bulan, penyanyi Nubhan Ahamad bersama isterinya, Dr. Afifah Tawfek baru-baru ini telah mengadakan majlis aqiqah dan doa selamat bagi meraikan kelahiran cahaya mata ketiga mereka, Afzan Nayille.


Pasangan suami isteri ini dilihat telah mengadakan majlis tersebut dalam serba ringkas di samping mengenakan pakaian sedondon rona krim.

Nubhan dan isteri turut berkongsi momen kegembiraan tersebut dengan memuat naik beberapa keping foto majlis berkenaan di laman media sosial Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Pada masa sama, penyanyi kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim keenam (AF6) ini berharap zuriat ketiganya itu akan membesar dengan baik dan sihat.

"Alhamdulillah... selesai majlis aqiqah & doa selamat kelahiran baby Afzan Nayille... Doakan anak saya membesar dengan baik & sihat ya…aminn," tulisnya.



Setelah selesai majlis anak itu, Nubhan telah berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah pula: "Alhamdulillah... dapat menjadi tetamu Allah...," kata Nubhan.

"Semoga dipermudahkan urusan you kat sana..... doakan untuk kami kat malaysia ni... semoga ada rezeki next time. Tunggu baby besar sikit.... Pergi tenang-tenang je k... InsyaaAllah anak-anak semua settle. Gitew. Love u. @nubhan.ahamad," tulis isteri Nubhan pula.

Untuk makluman, Nubhan dan isteri mendirikan rumah tangga bersama pada tanggal 29 Ogos 2015. Hasil perkongsian hidup pasangan ini telah pun dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, Ahmad Aafan dan Afzan Nayille yang baru sahaja dilahirkan pada 12 Januari lalu.













         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: